Harian Metro

‘Rasa macam tidak dihargai’

-

Kuala Lumpur: Setiap pemenang kasut emas bukan hanya mahu dikenali sebagai penjaring terbanyak dan trofi yang dimenangi, malah mereka juga mahu penghargaa­n sewajarnya untuk dijadikan sebagai pembakar semangat.

Perkara itu disuarakan bekas pemenang kasut emas 1993 dan 1994, Hashim Mustapha yang mengaku terkilan kerana tidak pernah dijemput Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

“Sekurang-kurangnya saya sebagai pemenang anugerah kasut emas terdahulu dijemput untuk menjadi penyampai kepada pemenang. Tidak pernah sekali pun saya mendapat jemputan,” kata bekas pemain Kelantan itu.

Ujarnya, walaupun anugerah berkenaan diadakan di sekitar Lembah Klang, tapi sekurang-kurangnya pemenang terdahulu wajar mendapat pengiktira­fan menghadiri majlis berkenaan dan berperanan sebagai penyampai anugerah kepada pemenang.

“Memang susah untuk mendapat anugerah kasut emas ini, di mana ketika zaman saya, persaingan lebih sengit dengan kehadiran penyerang import. Saya perlu bersaing dengan pemain seperti Alistair Edwards, Scott Ollerensha­w dan Abbas Saad.

“Bagaimanap­un, saya memikirkan tugas saya ketika itu adalah sebagai penjaring gol, kalau tidak menjaringk­an gol saya anggap tugas saya tidak berjaya.

“Pada 1993 saya meledak 13 gol keseluruha­n, namun

(gambar)

saya berazam untuk mengekalka­n status berkenaan dan setahun kemudian memang rezeki memihak kepada saya malah jumlah jaringan bertambah kepada 30 gol.

“Trofi yang saya raih ini memang asal dari kasut bola biasa yang dicat dengan warna emas, namun saya punya sedikit berbeza kerana ia didatangka­n khas dalam bentuk sepasang bukannya sebelah seperti sekarang. Kedua-dua pasang kasut emas saya masih lagi berada dalam keadaan terbaik kerana saya letakkan di dalam almari,” kata Hashim.

Dalam pada itu, Hashim memberi pandangan bahawa anugerah kasut emas selepas ini setidak-tidaknya perlu berbaloi seperti di Eropah.

“Walaupun ia hanya sebelah, trofi ini perlu berada dalam keadaan lebih cantik, berprestij seperti mana yang dimenangi Cristiano Ronaldo,” katanya.

Hashim yang pernah beraksi bersama Kedah dan Johor pada era 90-an, juga tidak lokek untuk meminjamka­n trofi itu kepada pihak muzium dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

“Saya memberi pinjam trofi ini adalah untuk tujuan pameran di majlis tertentu, cuma saya berpesan jika hendak pulang semula biarlah ia masih lagi berada dalam keadaan asal,” katanya yang pernah membantu skuad kebangsaan meraih perak di Sukan SEA Jakarta 1987.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia