Harian Metro

Peniaga Tamu Takada berhimpun bantah pindah

-

Tawau: Kira-kira 100 peniaga Tamu Takada, di sini, berhimpun bagi membantah arahan Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) yang meminta mereka berpindah ke lokasi baharu dalam masa terdekat, semalam.

Difahamkan, majoriti peniaga tidak bersetuju dengan arahan itu dan enggan berpindah selain menyifatka­n tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit tidak bersesuaia­n.

Berdasarka­n surat dikeluarka­n syarikat konsesi yang bertanggun­gjawab menguruska­n pasar mingguan itu, operasi Tamu Takada akan ditamatkan 3 Mac ini dan peniaga tidak lagi dibenarkan menjalanka­n perniagaan selepas diarahkan berpindah oleh MPT.

Jurucakap peniaga, Hussien Ahmad, 53, berkata, mereka kecewa dengan cadangan MPT yang mahu memindahka­n Tamu Takada yang sudah beroperasi lebih 30 tahun itu, sekali gus menjadi punca rezeki mereka sejak sekian lama.

“Ada lebih 800 peniaga di sini terdiri daripada pelbagai kaum termasuk yang datang dari Merotai, Balung dan Apas, malah ada yang datang dari Kalabakan untuk mencari rezeki.

Peniaga lain Razlina Mat Nor, 56, berkata, mereka tidak menghalang jika

MPT mahu mewujudkan lokasi baharu iaitu Tamu Sabindo Street, sama seperti Gaya Street di Kota Kinabalu sebagai tarikan pelanconga­n, namun Tamu Takada perlu dikekalkan.

“Lokasi Tamu Takada amat strategik dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat, jadi ia wajar dikekalkan. Kami amat berharap MPT memahami perkara ini,” katanya.

Bagi Badar Hayani

Mohd Barak, 54, masalah kesesakan lalu lintas dan isu sampah yang dibangkitk­an tidak timbul kerana mereka menyediaka­n tong sampah selain mendapat kerjasama daripada Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) untuk mengawal lalu lintas.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peniaga Pasar Tamu Takada berhimpun secara aman membantah arahan berpindah ke lokasi baharu.
SEBAHAGIAN peniaga Pasar Tamu Takada berhimpun secara aman membantah arahan berpindah ke lokasi baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia