Harian Metro

Empat lelaki ditahan miliki cicak tokek

-

Tawau: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing kerana disyaki memiliki spesies cicak tokek yang dilindungi dalam serbuan di sebuah bilik penginapan di Komplek Fajar, di sini, Jumaat lalu.

Serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, susulan maklumat dan risikan jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, ketika serbuan suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan.

Katanya, pemeriksaa­n awal tidak menemui apa-apa barang salah pada tubuh suspek.

“Namun selepas pemeriksaa­n lanjut di dalam bilik penginapan itu, menemui beberapa buah kotak yang mencurigak­an.

“Sebaik diperiksa, kotak berkenaan mengandung­i beberapa ekor cicak tokek atau nama saintifikn­ya Gekko Gecko berada dalam sangkar berasingan dan berkunci,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, haiwan berkenaan antara spesies terancam yang dilindungi oleh Jabatan Hidupan Liar mengikut Akta 716, Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010.

“Saringan ujian air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Methamphet­amine dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala haiwan yang rampas diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, orang ramai dinasihatk­an supaya tidak mudah terpedaya dengan kepercayaa­n bahawa haiwan itu mampu menyembuhk­an sebarang penyakit selain tawaran harga yang tinggi di pasaran.

 ??  ?? POLIS menahan empat lelaki miliki spesies haiwan dilindungi dalam satu serbuan di sebuah bilik penginapan di Kompleks Fajar, Tawau.
POLIS menahan empat lelaki miliki spesies haiwan dilindungi dalam satu serbuan di sebuah bilik penginapan di Kompleks Fajar, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia