Harian Metro

Nekad redah lumpur

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

 Penagih gagal lolos ketika serbuan di dua kampung

Segelintir lelaki disyaki penagih dadah nekad meredah hutan bakau yang berlumpur untuk melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis di lokasi dipercayai ‘port’ penagih di Kampung Suang Parai dan Delima, Manggatal, kelmarin.

Bagaimanap­un, tindakan mereka hanya sia-sia selepas ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam Op Sarang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam operasi bermula jam 2 petang dan berakhir jam 7 malam kelmarin, pihaknya memeriksa 20 individu termasuk seorang wanita di dua kawasan dipercayai sarang penagih dadah.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut mendapati seramai 12 individu termasuk seorang wanita berusia 14 hingga 51 tahun ditahan.

“Daripada jumlah itu, lapan lelaki ditahan mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Manakala tiga lelaki dan seorang wanita ditahan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1958/63 dan Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi 1953,” katanya.

Katanya, polis turut merampas telefon bimbit dan wang tunai.

“Ketika serbuan ada suspek melarikan diri meredah hutan bakau yang berlumpur. Keadaan laluan seperti jambatan reput serta penyambung­an wayar elektrik secara haram membahayak­an keselamata­n polis.

“Namun keadaan itu tidak menghalang polis untuk memastikan kegiatan penyalahgu­naan dadah dibendung,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK (dalam bulatan) cuba melarikan diri dengan meredah kawasan hutan bakau.
SUSPEK (dalam bulatan) cuba melarikan diri dengan meredah kawasan hutan bakau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia