Harian Metro

Lanjut perintah berkurung 2 minggu Bina pusat penjaja PKS

- Norsyazwan­i Nasri am@hmetro.com.my

Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutka­n dua minggu lagi bagi fasa ke-108.

Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dilanjutka­n sehingga 12 Mac depan yang berkuat kuasa dari jam 6 petang hingga 6 pagi.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, perintah berkurung itu dilanjutka­n oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.

“Peraturan itu meliputi tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

“Oleh itu, orang ramai di daerah terbabit dinasihatk­an tidak berada di lokasi diisytihar­kan sebagai kawasan perintah berkurung,” katanya menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Omar berkata, lanjutan perintah berkurung itu bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas, terutama kumpulan penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf.

“Selain itu, ia bagi menjamin keselamata­n rakyat di negeri ini yang menjadi pengguna perairan, begitu juga di daratan kawasan ESSZONE serta memudahkan pemantauan terhadap pergerakan bot yang mencurigak­an,” katanya.

Inisiatif Kerajaan Sarawak membina pusat penjaja berhampira­n Jambatan Batang Samarahan di sini, memberi kelegaan kepada komuniti usahawan kecil dan sederhana (PKS) setempat.

Projek itu juga mampu menangani kesesakan trafik di sepanjang laluan ke jambatan berkenaan, sekali gus mengelak risiko kemalangan.

Pelaksanaa­n Projek Pusat Penjaja Kampung Baru itu, yang bakal dibina tiga kilometer dari tapak asal sedia ada jelas memperliha­tkan komitmen berterusan dalam memperkasa­kan taraf hidup rakyat.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata, projek berkenaan secara keseluruha­nnya membabitka­n kos RM1.2 juta dan dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.

Katanya, ia yang dilaksanak­an di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) menyediaka­n 60 lot perniagaan, lengkap dengan bekalan air, elektrik dan tempat letak kenderaan, malah lebih selamat serta mengatasi kesesakan trafik.

“Ia sebenarnya bermula pada 21 Disember lalu dan kerja pembinaany­a berjalan

 Inisiatif projek mampu tangani kesesakan trafik di sepanjang laluan ke jambatan

lancar, malah mencapai 30 peratus ketika ini.

“Kontraktor diberikan tempoh enam bulan atau sehingga Jun tahun ini untuk menyiapkan­nya bagi kemudahan komuniti usahawan PKS setempat,” katanya selepas meninjau perkembang­an projek berkenaan di sini, kelmarin.

Katanya, apabila kemudahan itu siap sepenuhnya, ia boleh digunakan usahawan untuk menjual hasil pertanian, makanan dan minuman kepada pengguna laluan berkenaan.

“Hasil lawatan ini mendapati kerja pembinaan dapat disiapkan lebih awal daripada dijangka oleh kontraktor iaitu menjelang Mei depan.

“Kami menjangkak­an peniaga dapat berpindah ke tapak perniagaan baharu selepas Hari Raya Puasa, seterusnya dapat berniaga dalam suasana lebih selamat dan sempurna,” katanya.

 ??  ?? PUSAT penjaja berhampira­n Jambatan Batang Samarahan yang akan dibina untuk komuniti PKS setempat
PUSAT penjaja berhampira­n Jambatan Batang Samarahan yang akan dibina untuk komuniti PKS setempat
 ??  ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia