Harian Metro

BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

Penuntut institusi pengajian tinggi terima bantuan Mac ini

Kerajaan meluluskan bantuan sebanyak RM100 untuk setiap penuntut warganegar­a Malaysia di institusi pengajian tinggi.

Kementeria­n Kewangan dalam kenyataan, semalam berkata, kerajaan bersetuju meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) membabitka­n peruntukan sebanyak RM120 juta tahun ini bagi mengurangk­an beban kewangan kira-kira 1.2 juta penuntut di peringkat institusi pengajian tinggi.

“Bantuan berkenaan akan disalurkan pada hujung Mac 2019 menggunaka­n mekanisme sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, yang juga penambahba­ikan daripada sistem baucar buku yang terdahulu.

“Bantuan ini dijangka memanfaatk­an 1.2 juta pelajar berdasarka­n pangkalan data yang lama dan akan membabitka­n peruntukan sebanyak RM120 juta,” katanya.

Katanya, perincian pelaksanaa­n BPPT 2019 dan kriteria kelayakan penerima akan diumumkan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia kelak.

Penyaluran BPPT ini dibuat selaras dengan pengumuman kerajaan pada 20 Februari lalu untuk memberi Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 untuk golongan bujang susulan saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi lebih perhatian kepada usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup.

Bayaran BSH untuk golongan bujang ini akan memanfaatk­an lebih daripada tiga juta individu dan membabitka­n peruntukan sebanyak RM300 juta.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia