Harian Metro

RAMAI GADIS MENGINDING KASIH

 Peminat hantar mesej jatuh hati selepas penyanyi hadiah ibu bapa restoran

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Apa yang saya buat tanggungja­wab sebagai anak

Aiman Tino

Penyanyi popular, Aiman Tino menerima banyak mesej berbaur peribadi daripada peminat yang kebanyakan­nya gadis remaja selepas dia memberi hadiah sebuah restoran baru untuk diuruskan ibu bapanya di Kuala Kubu Bharu, Selangor seperti dilaporkan media, baru-baru ini.

Aiman, 22, berkata, dia tidak pernah terfikir apa dilakukan untuk keluargany­a sebagai strategi menawan hati peminat terutama gadis dan wanita.

“Apa yang saya buat tanggungja­wab sebagai anak. Saya tak fikir mahu lakukannya untuk jadikan keperibadi­an diri sebagai tarikan gadis.

“Saya dapat banyak mesej di Instagram daripada peminat dalam kalangan gadis dan wanita yang jatuh hati dan tertarik dengan keperibadi­an saya,” katanya.

Bagaimanap­un, Aiman memberitah­u, dia tidak membalas mesej itu namun menghargai sokongan peminat pada karier seninya.

Menurut penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini, dia pun belum terfikir lagi untuk bercinta kerana masih muda dan mahu fokus pada karier dulu.

“Apa pun, terima kasih kepada peminat yang tidak jemu menyokong karier seni saya. Teruslah menyokong saya,” katanya.

Sangat meminati perniagaan selain menyanyi, Aiman kini dalam perancanga­n membuka sebuah lagi restoran baharu di sekitar Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia