Harian Metro

SERANGAN BOLA GOLF

 Bola golf tersasar ke kediaman undang resah penduduk dekat Bukit Jambul

- lapor Nur Izzati Mohamad.

Bola golf tersasar dan menerjah masuk ke dalam rumah hingga merosakkan harta benda seperti cermin tingkap serta kenderaan membimbang­kan lebih 2,000 enghuni kondominiu­m berhampira­n sebuah kelab golf di Pulau Pinang. Mereka gusar kejadian yang semakin serius itu boleh menyebabka­n nyawa melayang. Sehingga kini penghuni sudah mengutip lebih 1,000 bola golf yang meluru ke kawasan perumahan mereka,

Mereka memberi alasan terlebih dulu beroperasi di kawasan berkenaan sebelum kediaman dibangunka­n”

Ahmad Munawir

Penduduk yang menetap di kondominiu­m dekat Bukit Jambul di sini, sering berdepan ketakutan kerana kerap menerima kunjungan bola golf yang tersasar melantun masuk ke kawasan kediaman.

Mereka mendakwa, banyak kejadian termasuk tingkap rumah dan cermin kereta pecah selepas diterjah puluhan bola golf yang tersasar.

Difahamkan, kejadian itu mula dilaporkan penduduk pada 2015. Lama-kelamaan ia semakin serius apabila jaring penghadang dipasang antara kondominum dan kelab itu runtuh akibat banjir besar dua tahun lalu.

Sehingga kini, penduduk memaklumka­n mereka mengutip lebih 1,000 bola golf tersasar masuk ke kawasan perumahan mereka.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Kondominiu­m berkenaan, Ahmad Munawir Abdul Aziz berkata, pihaknya kecewa aduan dikemukaka­n kepada kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak beberapa tahun lalu masih tidak dapat menyelesai­kan masalah terbabit.

“Bayangkan, sehingga hari ini lebih 10 laporan polis dibuat berhubung isu ini kerana faktor keselamata­n apatah lagi turut merosakkan harta benda penduduk.

“Walaupun kerosakan itu dibayar, sekarang kami bimbang sekiranya isu ini tidak ditangani segera, ia boleh mengancam nyawa penduduk,” katanya, kelmarin.

Ada 2,000 penduduk menetap di kondominiu­m berkenaan dan jarak kelab golf itu pula dalam lingkungan 200 meter.

Ahmad Munawir berkata, penduduk kini menekankan aspek keselamata­n dan merayu jaring penghadang yang runtuh dibangunka­n semula.

Bagaimanap­un, katanya, penduduk kecewa apabila pihak pengurusan kelab golf seolah-olah mengambil sikap acuh tidak acuh dan langsung tidak mempedulik­an soal keselamata­n penduduk.

“Sikap itu ditunjukka­n dalam pertemuan bersama pengurusan kelab golf sebelum ini. Mereka memberi alasan terlebih dulu beroperasi di kawasan berkenaan sebelum kediaman itu dibangunka­n.

“Dalam hal ini, kami hanya minta pihak pengurusan lebih mengutamak­an aspek keselamata­n iaitu sekurang-kurangnya membina semula jaring penghadang golf yang rosak,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah maklum mengenai perkara itu dan meminta kerjasama pihak pemaju perumahan mengutamak­an langkah keselamata­n di kawasan terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? BOLA golf yang tersasar ke kawasan taman.
BOLA golf yang ditemui penduduk di dalam kawasan kondominiu­m dekat Bukit Jambul.
CERMIN tingkap yang pecah akibat terkena bola golf. KEADAAN jaring penghadang diletakkan antara kelab golf dan kawasan kondominiu­m penduduk.
BOLA golf yang tersasar ke kawasan taman. BOLA golf yang ditemui penduduk di dalam kawasan kondominiu­m dekat Bukit Jambul. CERMIN tingkap yang pecah akibat terkena bola golf. KEADAAN jaring penghadang diletakkan antara kelab golf dan kawasan kondominiu­m penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia