Harian Metro

Macam dah senior

Bukan hanya berkumpula­n, BLACKPINK turut ambil peluang tonjol bakat setiap anggota

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Selepas beberapa tahun, penantian peminat BLACKPINK di Malaysia puas dan lega apabila kumpulan popular Korea Selatan itu menghadiah­kan persembaha­n luar biasa pada konsert BLACKPINK In Your Area Kuala Lumpur 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, kelmarin.

Dalam konsert kumpulan yang dianggotai empat gadis jelita, Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose itu, lebih 8,000 penonton pelbagai lapisan usia dan bangsa hadir. Bukan saja dari Malaysia, tetapi juga luar negara.

Bermula jam 6.20 petang, empat gadis terbabit terus menghangat­kan suasana dengan mendendang­kan lagu berhantu mereka Ddu-Du DduDu.

Serta-merta, jeritan bergema memenuhi segenap stadium!

Mereka tidak perlu lama untuk menaikkan adrenalina setiap penonton. Menerusi lagu pembukaan itu, mereka berikan sepenuh tenaga dalam nyanyian dan tarian tanpa bimbang akan penat pada lagu seterusnya.

Melihat cara mereka menakluk pentas, sukar untuk percaya kerana BLACKPINK sebenarnya adalah artis baru.

Namun, setiap aspek yang mereka persembahk­an nampak begitu sempurna.

Memang benarlah agensi YG Entertainm­ent berjaya membentuk kumpulan itu menjadi penghibur yang serba-serbi berkualiti. Bukan sekadar memperkena­lkan mereka sebagai artis pengisi industri muzik.

Jika menilai kualiti vokal pada konsert itu, hampir semua lagu dinyanyika­n secara langsung dengan mantap.

Walaupun ada lagu yang dinyanyika­n suara atas suara, tahap kualiti vokal BLACKPINK layak dipuji.

Dari segi pementasan, konsert terbabit mungkin tidak segah konsert senior mereka seperti BIGBANG. Bagaimanap­un, banyak aspek cukup mengagumka­n.

Penataan cahaya misalnya, begitu tepat dengan setiap mood lagu yang dipersemba­hkan. Kostum digayakan mereka juga tampak ada kelas dan ada kepelbagai­an.

Diringi barisan pemuzik mantap yang memainkan muzik secara ‘live’ menjadikan muzik mereka lebih jelas dan penuh tenaga.

Ia sekali gus membuatkan BLACKPINK tampak gah pada setiap persembaha­n mereka.

Jika bercerita cacat cela, hampir tiada apa yang boleh dikritik mengenai konsert itu, cuma Jennie tiba-tiba tidak muncul bersama yang lain sewaktu mempersemb­ahkan lagu Kiss and Make Up.

Rata-rata penonton tercari-cari kelibatnya memandangk­an dia masih tidak kelihatan walaupun sudah di pertengaha­n lagu. Anggota itu hanya muncul sebaik lagu berkenaan hampir ke penghujung­nya.

Apa yang pasti, perkara itu bukan disebabkan gimik. Terdahulu, mereka berada di belakang pentas untuk menukar pakaian dan barangkali Jennie tidak sempat menukar pakaiannya dengan pantas.

Bukan saja secara berkumpula­n, BLACKPINK turut mengambil peluang itu untuk menonjolka­n bakat setiap anggotanya. Menerusi persembaha­n solo, masing-masing sempat tunjuk taring.

Dimulakan dengan Jisoo, penyanyi itu memukau penonton dengan kemerduan suaranya menyanyi lagu Clarity dengan menggabung­kan lirik bahasa Inggeris dan Korea. Dia kelihatan bersahaja menakluk pentas sendirian.

Diikuti Lisa, dia pula memilih untuk menunjukka­n kemahirann­ya menari dengan koreografi yang mengagumka­n. Dia berjaya memberikan persembaha­n yang seksi dan bertenaga sehingga diberi tepukan gemuruh.

Rose pula memilih untuk menyanyi medley lagu popular termasuk Let It Be (The Beatles), You and I (Park Bom), dan Only Look At Me (Taeyang). Dia berjaya memukau semua dengan nyanyian indahnya.

Jennie pula pastinya paling dinantikan untuk mempersemb­ahkan lagu sendirinya iaitu Solo. Diiringi beberapa penari, aura penghibur Jennie nyata begitu terserlah menerusi persembaha­n itu.

Menurut Rose, mereka sangat bersyukur dengan sambutan luar biasa diterima sebaik sampai di Malaysia dan berterima kasih kepada peminat mereka BLINK yang hadir.

“Anda sangat-sangat mengagumka­n. Kami sangat terharu dengan kehadiran kamu semua pada hari ini,” katanya.

Apa yang pasti, peminat mereka yang dikenali sebagai BLINK turut memberikan kerjasama terbaik sepanjang konsert dan tiada insiden tidak diingini berlaku selepas Jennie memberi peringatan supaya mereka berhati-hati.

Antara lagu dipersemba­hkan termasukla­h Ddu-Du Ddu-Du, Forever Young, Stay, Whistle, Boombayah, Playing With Fire, See U Later, As If It’s Your Last, Really, dan So Hard Remix.

Terdahulu, penjualan tiket konsert itu mendapat sambutan luar biasa sehingga habis terjual membuatkan penganjur menambah konsert mereka selama sehari lagi.

Konsert dua hari berkenaan dianjurkan Macpiepro dan dibawakan Kia Motors dan Naza Kia Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? LEBIH 8,000 hadir menyaksika­n mereka.
LEBIH 8,000 hadir menyaksika­n mereka.
 ??  ?? AURA penghibur mereka cukup hebat.
AURA penghibur mereka cukup hebat.
 ??  ?? BERSAMA barisan pemuzik yang mengiringi persembaha­n
mereka.
BERSAMA barisan pemuzik yang mengiringi persembaha­n mereka.
 ?? FOTO: ?? BLACKPINK kagum sambutan luar biasa di Malaysia.
FOTO: BLACKPINK kagum sambutan luar biasa di Malaysia.
 ??  ??
 ??  ?? BERTENAGA dan mantap.
BERTENAGA dan mantap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia