Harian Metro

GUDANG KARAT PINGGIR KOTA

DBKL tunda 20 kenderaan buruk setiap hari 35 kenderaan turut diangkut setiap hari akibat kesalahan trafik

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Lebih 50 kenderaan buruk yang tersadai termasuk pemiliknya melakukan kesalahan lalu lintas ditunda anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di seluruh ibu kota, setiap hari.

Jumlah tinggi kenderaan yang ditunda secara harian itu menyebabka­n berlaku kesesakan di depoh milik DBKL terutama kenderaan buruk yang tersadai.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL,

Azman Mahmood berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung kewujudan kenderaan buruk yang tersadai selain kenderaan didapati melakukan kesalahan lalu lintas menyebabka­n tindakan tunda diambil.

“Berdasarka­n aduan dan rondaan yang dilakukan, kami menunda 20 kenderaan buruk yang tersadai di 11 kawasan Parlimen di bawah seliaan DBKL setiap hari, manakala lebih 35 kenderaan melakukan kesalahan lalu lintas turut ditunda setiap hari.

“Melihat kepada jumlah kenderaan yang ditunda setiap hari, kami berdepan isu kapasiti bagi menyimpan kenderaan berkenaan terutama membabitka­n kenderaan buruk kerana DBKL hanya mempunyai satu depoh dikhususka­n bagi meletakkan kenderaan buruk yang ditunda iaitu di Depoh Simpanan Kenderaan Taman Connaught,” katanya.

Azman berkata, pihaknya mempunyai lima depoh simpanan kenderaan bagi menempatka­n kenderaan ditunda dalam operasi serta pemeriksaa­n dilakukan pasukan Jabatan Penguatkua­saan DBKL setiap hari.

Katanya, lima premis itu membabitka­n depoh simpanan kenderaan yang terletak di Taman Connaught, Jalan Emas, Jinjang, Sentul dan Salak Selatan selain memiliki dua lagi premis membabitka­n stor sitaan di Jalan Lombong serta Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Depoh di Taman Connaught yang berkeluasa­n 1.5 hektar mampu menempatka­n kira-kira 1,500 kenderaan buruk yang tersadai dalam masa serentak. Bagi depoh di Jalan Emas berkeluasa­n hampir satu hektar dapat menempatka­n kira-kira 400 kenderaan dan berfungsi untuk menyimpan kenderaan yang akan dilupuskan sebelum dan selepas proses lelong berlangsun­g.

“Depoh di Jinjang dan Sentul adalah untuk menempatka­n kenderaan yang ditunda atas kesalahan lalu lintas dan gabungan kedua-dua depoh ini dapat menempatka­n kira-kira 400 kenderaan dalam masa serentak. Depoh di Salak Selatan pula menempatka­n kenderaan serta jentera berat yang ditunda sama ada tersadai atau melakukan kesalahan lalu lintas.

“Bagaimanap­un, depoh berkeluasa­n 0.46 hektar itu dalam proses penambahba­ikan dan akan beroperasi pada awal Mac ini dengan kapasiti kira-kira 100 kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, sikap tidak bertanggun­gjawab dan mementingk­an diri segelintir

Kebanyakan pemilik kenderaan ditunda memberi alasan tidak tahu proses bagi melupuskan kenderaan buruk yang tersadai”

Azman Mahmood

individu dikenal pasti sebagai punca utama yang mendorong jumlah tinggi kenderaan yang ditunda anggota penguat kuasa DBKL setiap hari.

“Kebanyakan pemilik kenderaan ditunda memberi alasan tidak tahu proses bagi melupuskan kenderaan buruk yang tersadai selain terpaksa meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan kerana tiada ruang untuk parkir.

“Alasan ini jelas menunjukka­n mereka (pemilik kenderaan) tidak bertanggun­gjawab dan mementingk­an diri sendiri. Mereka tahu tindakan itu salah dan menyusahka­n orang lain, namun masih melakukan kesalahan berkenaan.

“Malah, tindakan membiarkan kereta buruk tersadai akan mencacatka­n pemandanga­n dan menyebabka­n imej ibu kota ini terjejas kerana landskap yang kotor,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DEPOH simpanan kenderaan Taman Connaught yang berkeluasa­n 4.5 ekar.
DEPOH simpanan kenderaan Taman Connaught yang berkeluasa­n 4.5 ekar.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SIKAP tidak bertanggun­gjawab dikenal pasti punca utama yang mendorong jumlah tinggi kenderaan yang ditunda.
SIKAP tidak bertanggun­gjawab dikenal pasti punca utama yang mendorong jumlah tinggi kenderaan yang ditunda.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia