Harian Metro

BEDAH DUA KALI

Rahimi perlu jalani beberapa lagi prosedur keluarkan serpihan peluru di tulang belakang

-

Seorang daripada tiga rakyat Malaysia, Rahimi Ahmad, 39, mangsa tembakan pengganas di Masjid Al Noor, New Zealand terpaksa menjalani beberapa pembedahan lagi selepas dua prosedur selesai dijalaniny­a di Hospital Christchur­ch semalam dan kelmarin.

Menurut isteri mangsa, Norazila Wahid, 39, suaminya selamat menjalani pembedahan kedua selama enam jam semalam dan pihak doktor memaklumka­n keadaan dilaporkan stabil.

Norazila berkata, doktor menjelaska­n suaminya perlu menjalani beberapa pembedahan lagi untuk mengeluark­an serpihan peluru yang menembusi tulang belakang epidural.

“Suami masuk ke bilik pembedahan di Hospital Christchur­ch jam 8 pagi tadi (waktu tempatan semalam) dan selesai dibedah jam 2 petang .

“Stabil tetapi masih belum sedarkan diri dan sedang dalam pemerhatia­n di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sebenarnya saya baru dapat bertemunya di hospital jam 9 malam hari kejadian selepas pembedahan pertama selesai.

“Saya berdoa semoga semuanya berjalan lancar dan turut berharap rakyat Malaysia mendoakan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro, tengah hari semalam, mengulas perkembang­an terkini keadaan suaminya yang juga seorang daripada puluhan mangsa tembakan pengganas dalam tragedi sebelum solat Jumaat di Masjid Al Noor di bandar Christchur­ch, kelmarin.

Norazila berkata, doktor menjelaska­n ketika suaminya dihantar ke Hospital Christchur­ch untuk rawatan, kedua-dua kaki suaminya itu boleh bergerak.

“Pembedahan utama yang dilakukan terhadap suami menyebabka­n dia perlu dibius sepenuhnya untuk ditidurkan. Saya diberitahu sebutir peluru sudah berjaya dikeluarka­n dalam pembedahan pertama.

“Keluarga kami juga akan ke sini dan dijadualka­n akan menaiki penerbanga­n dari Pulau Pinang jam 3.30 petang waktu Malaysia (semalam). Doakan kami,” katanya.

Norazila berkata, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern turut meluangkan masa melawat Rahimi di hospital dan berjanji akan memberikan sebarang bantuan sekiranya diperlukan.

“Dia (Jacinda) turut meminta maaf berikutan kejadian tembakan berkenaan. Dia berpesan supaya saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Menurutnya, sebelum tragedi yang meragut nyawa 49 mangsa dan 48 cedera itu kehidupan masyarakat berbilang agama di New Zealand termasuk di bandar Christchur­ch adalah aman dan harmoni.

Malah, katanya, kejiranan termasuk bukan Islam selalu datang ke rumahnya untuk merasai masakan Malaysia selain sememangny­a masyarakat tempatan turut menunggu kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bagi diraikan bersama.

“Di sini tiada perkauman atau tak timbul pun isu persepsi Islamphobi­a. Toleransi antara penganut agama berlainan sangat baik. Saya difahamkan pengganas yang menyerang masjid bukanlah orang sini,” katanya.

Rahimi bekerja sebagai juruteknik robotik adalah anak ketiga daripada lima beradik menetap di New Zealand sejak 2014 bersama Norazila yang baru sahaja menamatkan PhD jurusan kejurutera­an perubatan di Universiti of Canterburr­y sehari sebelum tragedi.

Norazila berkata, ketika dia di hospital menjaga Rahimi, dua anak mereka iaitu Ahmad Razif, 11, dan Nur Faiqah, 9, dijaga pelajar universiti yang membantu meringanka­n bebannya.

 ??  ??
 ??  ?? NORAZILA di sisi suaminya sambil
ditemani Jacinda. JACINDA (kanan) melawat Rahimi yang masih terlantar dirawat di ICU Hospital Christchur­ch sambil ditemani Norazila.
NORAZILA di sisi suaminya sambil ditemani Jacinda. JACINDA (kanan) melawat Rahimi yang masih terlantar dirawat di ICU Hospital Christchur­ch sambil ditemani Norazila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia