Harian Metro

Lega suami jawab panggilan

-

Shah Alam: “Sakit...Ya, ya, ya...”

Itu kata-kata sempat dijawab Mohd Nazril Hisham Omar, 46, rakyat Malaysia yang parah dalam kejadian tembakan rambang di Masjid Al Noor, Christchur­ch, New Zealand, kelmarin.

Keadaan itu sekali gus melegakan hati isterinya, Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, 48, yang menghubung­i mangsa di Hospital Christchur­ch, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Mohd Nazril yang cedera ditembak di belakang badan dan kaki itu kini dilaporkan stabil namun masih dalam keadaan separuh sedar di hospital berkenaan.

Dr Zurinawati yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelanconga­n Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata, dia dihubungi rakannya di negara itu yang memaklumka­n jururawat meminta supaya memberi kata semangat kepada suaminya.

“Ketika saya menghubung­inya, saya bertanyaka­n kepada suami How are you (bagaimana keadaan kamu), Are you ok (adakah kamu ok) dan Do you remember me? (adakah kamu mengingati saya) Dia kemudian hanya menjawab ‘ya’ dan sakit.

“Jururawat yang bertugas juga memberitah­u saya he’s good (dia baik saja), he’s with us (dia bersama kami). Suami juga baru menjalani pembedahan pertama dan masih separuh sedar.

“Anak kedua kami, Muhammad Haqiem Daniel, 18, yang berada di hospital itu memberitah­u bahawa suami perlu menjalani imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) sebelum menjalani pembedahan kedua.

“Menerusi panggilan video Muhammad Haqiem, saya melihat keadaan suami cedera di kedua-dua kaki dan belakang badan,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Seksyen 8 di sini, semalam. Menurutnya, dia dan anak sulungnya, Muhammad Haiqal Daniel, 19, akan bertolak ke New Zealand menerusi penerbanga­n di Singapura.

“Jika urusan berjalan lancar, kami dijangka tiba di negara itu pagi esok (hari ini),” katanya.

Kata Dr Zurinawati, dia ketika ini hanya memikirkan keadaan suaminya dan hal untuk membawa pulang mangsa serta tiga anak mereka ke tanah air akan diputuskan kemudian.

“Pada waktu ini, Muhammad Haqiem menjaga bapanya di hospital itu manakala dua adiknya, Muhammad Hazieq Daniel, 13, dan Muhammad Hazriq Daniel, 9, tinggal bersama rakan saya di situ,” katanya.

Mohd Nazril menetap di Christchur­ch sejak Januari lalu dan bekerja di negara itu sambil menjaga tiga anaknya.

Saya melihat keadaan suami cedera di kedua-dua kaki dan belakang badan”

Dr Zurinawati

 ??  ?? DR Zurinawati bersama anaknya, Muhammad Haiqal Daniel ketika ditemui di Seksyen 8, Shah
Alam.
DR Zurinawati bersama anaknya, Muhammad Haiqal Daniel ketika ditemui di Seksyen 8, Shah Alam.
 ??  ?? DR Zurinawati menunjukka­n foto bersama tiga orang anaknya ketika di New Zealand.
DR Zurinawati menunjukka­n foto bersama tiga orang anaknya ketika di New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia