Harian Metro

Nak lihat sendiri keadaan adik

-

Alor Setar: “Saya dan sepupu akan ke sana (New Zealand) secepat mungkin jika segala tiket perjalanan dan urusan diselesaik­an segera kerana saya mahu melihat sendiri keadaan Tarmizi,” kata Mariani Shuib, 49.

Mariani, kakak Mohd Tarmizi Shuib, 42, salah seorang rakyat Malaysia yang cedera akibat terkena tembakan rambang pengganas di Masjid Al Noor, Christchur­ch, New Zealand, kelmarin.

Menurutnya, setakat ini dia hanya berhubung dengan adik iparnya yang juga isteri Mohd Tarmizi menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengetahui perkembang­an terkini mangsa.

Dia dimaklumka­n adiknya sudah selamat menjalani pembedahan membuang peluru di bahagian belakang badannya, tetapi tidak pasti waktu pembedahan itu.

“Mungkin dah buat pembedahan itu lebih awal.

“Saya tak nak tanya banyak pada adik ipar sebab bimbang mengganggu keadaannya kerana dia masih bersedih dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di

Jalan Hutan Kampung, semalam.

Mariani berkata, dia dimaklumka­n adiknya sudah sedar dan boleh bercakap sejak pagi semalam.

Menurutnya, dia dijangka berlepas ke New Zealand ditemani sepupunya, Nordina Ahmad Fauzi, 30-an. Segala proses termasuk pasport dan tiket penerbanga­n sedang diusahakan.

Katanya, hubungan dia dan adiknya, Mohd Tarmizi sangat rapat dan berharap keadaannya kembali pulih walaupun setakat ini dimaklumka­n dia stabil.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya November lalu ketika dia pulang bercuti ke negara ini tetapi dia pulang seorang diri walaupun sekejap.

“Apabila dia pulang ke sana, kami hanya berbual menerusi Facebook dan WhatsApp sebelum kejadian itu,” kata guru Sekolah Menengah Seberang Jaya, Pulau Pinang ini.

Mariani gagal menahan sebak apabila ditanya lebih lanjut mengenai keadaan adiknya kerana mereka sekeluarga berharap semuanya kembali normal.

Cuma katanya, anak kedua Mohd Tarmizi, Haziq, 17, masih belum ditemui sehingga kini manakala adiknya, Haris, 13, berjaya menyelamat­kan diri ketika di kawasan masjid berkenaan.

Mariani berkata, dia turut menghubung­i pihak Kedutaan Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut keadaan di sana kerana dimaklumka­n kawasan lapangan terbang di sana agak tegang.

Sementara itu, kakaknya, Zarina Shuib, 53, berkata, dia tidak dapat menemani adiknya ke negara itu disebabkan masalah kesihatan dan berharap perjalanan mereka selamat.

Katanya, dia terkejut apabila dimaklumka­n berita mengenai kematian adiknya tular di laman sosial sejak kelmarin.

“Kami sekeluarga sedih dengan apa yang berlaku. Jangan mengeruhka­n keadaan kerana adik kami masih hidup dan sedang menjalani rawatan di sana.

“Saya harap pihak berkenaan berhenti tular berita mengenai kematian adik dan mendoakan yang terbaik untuknya selain berharap anak keduanya ditemui selamat,” katanya.

 ?? Mariani ?? MARIANI Saya tak nak tanya banyak pada adik ipar sebab bimbang mengganggu keadaannya kerana dia masih bersedih dengan apa yang berlaku”
Mariani MARIANI Saya tak nak tanya banyak pada adik ipar sebab bimbang mengganggu keadaannya kerana dia masih bersedih dengan apa yang berlaku”
 ??  ?? ISTERI dan anak Mohd Tarmizi (duduk) antara yang menjadi mangsa tembakan di masjid di Christchur­ch, New Zealand.
ISTERI dan anak Mohd Tarmizi (duduk) antara yang menjadi mangsa tembakan di masjid di Christchur­ch, New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia