Harian Metro

Baki sungai tercemar hanya 500 meter

-

Pasir Gudang: Kerja pembersiha­n Sungai Kim

Kim yang dicemari sisa kimia dijangka mengambil masa lebih singkat berbanding jangkaan awal.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo

Bee Yin berkata, perkara itu terbukti apabila kawasan seluas satu kilometer (km) daripada 1.5 km Sungai Kim Kim sudah dibersihka­n hingga tengah malam semalam.

“Ini kemajuan sangat baik selepas 680 meter kawasan paling tercemar dengan sisa kimia berbahaya dibersihka­n petang semalam (kelmarin) dan dijangkaka­n baki 500 meter kerja pembersiha­n berjaya diselesaik­an dalam tempoh dua hari lagi sekiranya cuaca baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau orang ramai yang mendapatka­n rawatan awal di pusat rawatan saringan dan rawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), semalam.

Media sebelum ini melaporkan sepanjang 680 meter Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih yang tercemar akibat buangan sisa kimia sudah dibersihka­n.

Lokasi berkenaan adalah kawasan paling teruk tercemar susulan pembuangan sisa bahan kimia di sungai itu pada 7 Mac lalu.

Sebanyak 250 beg berisi tanah dan bahan enap cemar serta 350 metrik tan air tercemar sudah dikumpulka­n sepanjang bermula dan akan dilupuskan di kilang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Yeo dipetik berkata, seramai 90 petugas melakukan kerja pembersiha­n membabitka­n kontraktor dilantik JAS dan agensi berkaitan selama 24 jam sehari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia