Harian Metro

BERNAFAS IKUT TEKAK

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Walaupun sibuk dengan tugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), naluri Bintara Kanan Mus Muliady Mustaffa, 34, sebagai abang melebihi segalanya apabila dia sanggup berkorban masa menjaga adiknya yang terlantar sakit akibat tumor otak.

Mus Muliady dan isteri, Siti Aishah Neizam, 31, berkorban menjaga dengan penuh kasih sayang dan memberikan sepenuh perhatian kepada Mohd Firdaus, 30, yang tidak mampu menguruska­n dirinya sendiri.

Mus Muliady berkata, adiknya itu dikesan mempunyai tumor otak pada September 2017 di Hospital Sungai Buloh, Selangor selepas kerap sakit kepala dan hilang keseimbang­an badan sejak Julai tahun yang sama.

“Tumor itu masih ada walaupun adik sudah menjalani tiga pembedahan tahun lalu.

“Sekarang kami masih menunggu keputusan pemeriksaa­n pengimejan resonans magnetik (MRI) dan jika tumornya membesar kemungkina­n adik perlu dibedah lagi.

“Tumor itu turut menganggu saraf mata, pendengara­n dan sistem serta pergerakan tangannya selain tidak boleh bernafas secara normal. Dia kini bernafas melalui tiub di tekak,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Taman Manjung Point Seksyen 1, Seri Manjung.

“Adik terpaksa menggunaka­n tiub untuk minum

Anggota TLDM jaga adik menderita akibat tumor otak

serta bergantung pada susu khas dengan memerlukan satu tin kecil sehari yang berharga kira-kira RM50.

“Selain itu, dia harus memakai lampin pakai buang manakala perbelanja­an bulanan sebanyak RM1,700 tidak termasuk kos ulang-alik ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seri Manjung,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana adiknya itu menerima pencen ilat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan bantuan lampin pakai buang, susu dan beg kencing daripada agensi itu.

“Wang itu digunakan sepenuhnya untuk tambahan keperluan bulanan dan setakat ini kami tak pernah terputus bekalan. Jika ada yang tak cukup, saya akan usahakan keperluann­ya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan melalui nombor akaun Maybank 1582-9376-1588 atas nama Mohd Firdaus Mustaffa.

 ??  ?? MUS Muliady (kiri) menjaga adiknya, Mohd Firdaus yang terlantar akibat tumor otak.
MUS Muliady (kiri) menjaga adiknya, Mohd Firdaus yang terlantar akibat tumor otak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia