Harian Metro

Wang simpanan haji lesap KOPI AUTA RM735,000

- Oleh Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Permatang Pauh: Seorang wanita bukan saja terlepas menunaikan ibadah haji, malah wang simpananny­a berjumlah puluhan ribu ringgit dilaburkan ke dalam syarikat pengeluar kopi hangus sekelip mata.

Wanita berkenaan, Salamah Samsudin,57, berkata, wang simpananny­a di Tabung Haji sebanyak RM30,000 dikeluarka­n semata-mata untuk melabur dalam syarikat itu sehingga dia tidak dapat menunaikan ibadah haji.

Menurutnya, dia mula menyertai program pada 2015 dan dijanjikan pulangan

Seramai 19 individu di negeri ini membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya selepas membuat pelaburan tunai dengan syarikat menjual kopi sehingga kerugian RM735,000.

Mangsa yang terdiri daripada guru, peniaga, pekerja swasta dan kakitangan kerajaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam.

Wakil mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ju, 36, berkata, jumlah kerugian mangsa membuat laporan polis hari ini antara RM10,000 sehingga RM160,000 setiap seorang.

“Syarikat ini diterajui seorang lelaki bergelar Datuk Seri dan beroperasi sejak 2013. Setiap ahli hanya perlu mengeluark­an modal membuat pembelian produk berdasarka­n pakej ingin disertai.

“Mereka dijanjikan menerima produk sama ada kopi atau barangan lain mengikut pilihan ahli berserta hibah lumayan dengan cara pembelian produk dikeluarka­n syarikat berkenaan.

“Syarikat terbabit berjanji sebahagian barangan dibeli boleh dijual, malah mereka membantu menjualnya.

“Saya yakin dengan syarikat itu kerana mereka banyak menjadi penaja kepada program realiti televisyen,” katanya ketika ditemui selepas bersama 30 ahli membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya menuntut wang pelaburan mereka dipulangka­n. tunai secara tetap setiap bulan selama 12 bulan mengikut pakej yang ditetapkan.

“Contoh, jika ahli mengambil pakej RM10,000 mereka mendapat pulangan RM600 setiap bulan selama setahun dan diberi produk antaranya kopi,” katanya.

Kakitangan kerajaan itu berkata, ramai ahli menyertai skim itu bermula pada Oktober 2015 dan membuka beberapa akaun tambahan secara berperingk­at kerana terpengaru­h dengan helah syarikat itu yang turut medapat

Terpengaru­h dengan kejayaan syarikat itu, dia bersama seorang lagi rakan melabur RM100,000 dengan cara membeli barangan keluaran mereka.

“Sebahagian daripada barang dibeli diserahkan kepada mereka kembali dan syarikat berjanji membantu kami menjualnya, malah memperoleh komisen tinggi serta mendapat insentif tahunan,” katanya. Namun sejak 2016, dia tidak mendengar sebarang berita

daripada pihak naja rancangan di stesen televisyen swasta.

“Memang mula-mula ada bayaran diterima namun selepas Julai 2016, semua pembayaran hibah tunai yang patut diterima ahli seperti dijanjikan tidak dibuat syarikat itu sehingga ke hari ini.

“Permohonan secara lisan atau bertulis untuk menutup akaun kerana perlanggar­an kontrak oleh syarikat ditolak tanpa alasan.

“Malah, ada ahli yang menerima surat peguam kerana melawan syarikat,” katanya yang turut rugi RM30,000.

Sementara itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Noor, 40, yang kerugian RM160,000 berkata, dia membuat pelaburan di syarikat berkenaan dengan hanya mengambil pakej bernilai RM10,000 pada 2015.

“Pada masa itu, saya men- syarikat.

“Saya harap pihak berkuasa dapat melihat nasib kami yang ditipu hidup-hidup syarikat ini,” katanya yang datang dari Melaka, malam kelmarin.

Sementara itu, 30 ahli syarikat pengeluar kopi membuat laporan polis selepas semua mereka mendakwa kerugian RM50 juta susulan pelaburan sejak 2017 itu.

Wakil ahli berkenaan, Muhd Bajili Bakri, 34, berkata, dia meminta pihak berkenaan tampil melunaskan semua modal dan wang keuntungan dijanjikan kepada ahlinya.

 19 jadi dakwa mangsa skim cepat kaya dijanji

pulangan tunai setiap bulan bersama produk

pulangan RM600 setiap bulan. Melihat pelaburan ini berjaya dan bayarannya cantik, saya tambah lagi RM50,000 pada Februari 2016 dan RM100,000 pada Jun 2016.

“Namun selepas penghujung 2016, saya langsung tidak menerima sebarang bayaran yang dijanjikan seperti sebelum ini. Paling saya kesal ialah semua wang dilaburkan diambil daripada simpanan,” katanya.

Eksekutif syarikat swasta itu berkata, beliau kesal dengan pemilik syarikat berkenaan kerana memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar hibah tunai yang dijanjikan setiap bulan.

Justeru, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan segera terhadap pemilik syarikat itu yang masih bebas.

 ??  ?? PELABUR yang tertipu membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya, semalam.
PELABUR yang tertipu membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya, semalam.
 ??  ?? SALAMAH
SALAMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia