Harian Metro

PANIK DALAM LIF

- Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

20 mangsa sesak nafas terperangk­ap terpaksa disalur oksigen

Kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terpaksa menyalurka­n oksigen kepada 20 mangsa yang terkandas di dalam lif di Menara Selatan hospital berkenaan selepas mereka mengalami sesak nafas, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, lif yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan teknikal menyebabka­nnya tersangkut antara tingkat tujuh dan lapan hampir satu jam sebelum diselamatk­an anggota bomba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya terpaksa memotong kabel pintu lif sebelum menurunkan lif secara manual.

Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai diketuai Pegawai Bomba Kanan II Salmi Abdul Mukti dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 12.04 tengah hari.

Katanya, mereka turut dibantu jentera dari BBP Jalan Hang Tuah dan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) BBP Pantai dengan kekuatan 15 anggota.

“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati ada lif terkandas antara tingkat tujuh dan lapan di sebuah bangunan hospital berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat awam, kami mendapati dinding sisi kabin di dalam lif tercabut dan pintu lif mengalami kerosakan akibat geseran ketika lif turun.

“Ada mangsa mengalami kesesakan nafas dan pihak hospital menyalurka­n oksigen dari tong ke dalam lif menggunaka­n hos,” katanya.

Katanya, anggota bomba kemudian memotong kabel pintu lif menggunaka­n peralatan pemotong hidraulik dan menurunkan lif secara manual.

“Seramai 20 mangsa, terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki, empat kanak-kanak perempuan, tujuh lelaki dewasa dan enam wanita dewasa berjaya diselamatk­an anggota bomba,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi menyelamat mangsa yang terperangk­ap di dalam lif di PPUM, semalam.
ANGGOTA bomba menjalanka­n operasi menyelamat mangsa yang terperangk­ap di dalam lif di PPUM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia