Harian Metro

Zizan bukan, Remy pun bukan

-

berkata, buat masa sekarang dia terbuka berkawan dengan sesiapa saja.

“Sekarang ini tidak terfikir apa-apa lagi. Cuma, tidak tahu kalau ada tiba-tiba datang, ada jodoh dan serasi. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa. Buat masa sekarang tidak terikat dengan sesiapa pun. Remy tak ada apa-apa, Zizan pun tak ada,” katanya kepada Harian Metro.

Mira yang mencipta fenomena menerusi drama Pujaan Hati Kanda di TV3, baru-baru ini berkata, tidak ada sebarang majlis perkahwina­n bakal berlangsun­g seperti diperkatak­an.

“Jadual kerja saya sibuk hingga hujung tahun ini. Saya akan terbabit dengan dua penggambar­an drama selepas Aidilfitri.

“Jadi, memang tidak ada apa-apa akan berlaku terutama dalam soal peribadi. Lupakan hasrat nak naik pelamin tahun ini. Tamatkanla­h spekulasi itu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mira giat menjalani latihan selepas dilantik menjadi duta Persatuan Payung Terjun Malaysia (MyPA), Februari lalu.

“Mungkin ramai tidak tahu, sukan ini pun ada di peringkat dunia. Jadi, saya mengikuti latihan ini. Saya tidak ada niat apa-apa lagi, cuma kalau ada rezeki mana tahu boleh mewakili negara bagi kategori wanita kerana tidak pernah ada wakil yang masuk pertanding­an ini.

“Buat masa sekarang saya hanya mengikuti latihan dulu. Sekurangku­rangnya sebagai duta, saya tahu buat dan tidaklah saya tak tahu apa-apa,” katanya.

 ??  ?? MIRA Filzah
MIRA Filzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia