Harian Metro

‘Ini takdir saya’

-

Kuala Lumpur: Pelakon Singapura Atikah Suhaime, 28, meminta netizen menghentik­an kecaman terhadap bekas tunangnya yang juga penyanyi, Awi Rafael.

Atikah menerusi tiga rakaman video yang dimuat naik di Instagram berkata, sepanjang tempoh setahun mereka bertunang,

Awi menjaganya dengan baik.

“Terima kasih atas sokongan dan doa anda yang membuatkan saya menjadi lebih kuat. Tentunya saya bersedih dengan apa yang berlaku. Namun, lebih menyedihka­n apabila ramai yang mengecam dia (Awi).

“Anda tidak mengenalin­ya seperti saya mengenalin­ya. Dia menjaga saya dengan baik sebagai tunang, dia menjaga keluarga dan juga nama saya,” katanya.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, dia tidak menyalahka­n bapanya yang mengeluark­an kenyataan balas terhadap Awi.

“Saya juga tak salahkan bapa saya yang bertindak begitu. Saya percaya, dia tahu apa yang terbaik untuk anaknya dan saya berterima kasih kepadanya,” katanya.

Menurut pelakon dari Singapura itu, tiada sesiapa yang patut dipersalah­kan atas pembatalan majlis perkahwina­nnya dengan Awi yang sepatutnya berlangsun­g hari ini.

“Hentikan semua kebencian. Ini adalah takdir dan kami terima yang kami tidak ditakdirka­n untuk bersama,” katanya.

Dalam potongan video terakhir, Atikah mengajak semua pengikut di Instagram yang menonton videonya untuk terus menyebarka­n kasih sayang. Kuala Lumpur: Pelakon popular Mira Filzah mengakui tidak terikat dengan komitmen percintaan sama ada dengan pelawak, Zizan Razak atau pelakon, Remy Ishak seperti yang digosipkan baru-baru ini.

Mira, 26, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezama­n

 ??  ?? ATIKAH
RAS Adiba dan suami, Mohamed Azam bersama ahli keluarga di Masjid Jamek Al-Khadijah, Pantai Dalam.
ATIKAH RAS Adiba dan suami, Mohamed Azam bersama ahli keluarga di Masjid Jamek Al-Khadijah, Pantai Dalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia