Harian Metro

‘SEMUA ADA DI SISI’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Bintang Azizah The Legend meninggal

dunia akibat kanser peritoneal

“Kali terakhir arwah bercakap yang saya boleh faham, jam 3 pagi semalam (kelmarin). Dia nak bangun, mengiring dan betulkan posisi badan sebab berasa tidak selesa,” kata Tajul Faizal Tamimudin, suami pelakon popular 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 53, yang meninggal dunia awal pagi semalam.

Wafa yang dikenali menerusi filem

meninggal dunia di kediamanny­a di Petaling Jaya, jam 1 pagi semalam akibat kanser peritoneal.

Tajul berkata, tahap kesihatan arwah menurun sejak dua bulan lalu akibat penyakitny­a. Sejak itu, dia bersama keluarga lain sudah bersedia dan reda dengan pemergian arwah.

“Kalau tanda, doktor pun ada sebut dua bulan lalu lagi. Ketika itu, tahap kesihatan arwah semakin menurun. Kami bersedia dengan apa saja kemungkina­n. Saya, adik-beradik dan anak-anak arwah reda.

“Pagi semalam (kelmarin) arwah sangat lemah. Tidak banyak aktiviti yang dia buat. Cuma saya maklumkan kepada saudaramar­a dan rakan terdekat supaya datang ke rumah.

“Pada jam 10 pagi sudah nampak perubahan dan tanda arwah akan pergi. Apa pun, sepanjang sakit, dia sangat kuat. Saya kagum dengan semangatny­a,” katanya.

Sepanjang sembilan tahun berkahwin dengan Wafa, Tajul menyifatka­n Wafa seorang isteri yang penyayang.

“Dia seorang yang penyayang dan sangat kuat. Dia juga senang memahami antara satu sama lain. Kalau bergaduh itu biasalah. Suami isteri mana yang tak bergaduh,” katanya.

Menurut Tajul, Wafa menghembus­kan nafas terakhir di sisi semua anaknya dan saudara-mara terdekat.

“Semua ada di sisi arwah sejak pagi semalam. Cantiknya ketentuan Allah ketika itu, seorang anaknya pergi membeli makanan. Sebaik dia sampai di rumah, arwah terus tiada.

Dia seolah-olah menunggu semua anaknya di sisi.

“Arwah ada tinggalkan hajat terakhir, tapi ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Cuma, dua tahun lalu kami merancang untuk menunaikan umrah, tetapi selepas buat solat isthikarah, saya dapat petunjuk tidak baik. Tak sangka rupa-rupanya dia dimasukkan ke hospital selepas itu,” katanya.

Tajul berkata, walaupun semua anak tidak tinggal bersama, tetapi mereka kerap datang melawatnya.

Ditanya sejauh mana kehidupan arwah melawan kanser dihidapi, Tajul mengakui terlalu berat untuk berkongsi.

“Dari segi ketabahan arwah, bagi saya ia terlalu dalam. Berat untuk saya kongsikan,” katanya.

Jenazah Wafa selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 10.40 pagi semalam. Sebelum itu, jenazah disembahya­ngkan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormat­an terakhir ialah Eja, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Betty Benafe.

 ??  ?? ANAK-ANAK arwah Wafa (gambar kecil) menaburkan bunga di pusara ibu mereka.
ANAK-ANAK arwah Wafa (gambar kecil) menaburkan bunga di pusara ibu mereka.
 ??  ?? TAJUL Faizal
TAJUL Faizal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia