Harian Metro

‘ORANG CARI KONTROVERS­I’

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu biarpun wujud spekulasi bagi menggantik­an Menteri Besar Perak itu.

Perdana Menteri berkata, beliau akui wujud kontrovers­i untuk menjatuhka­n Faizal kerana ada individu ingin mengambil alih kedudukann­ya.

“Kontrovers­i wujud kerana ada pihak yang mahu ambil alih kedudukann­ya. Justeru, orang akan cari kontrovers­i mengenainy­a,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas desakan pihak tertentu yang mahu menjatuhka­n Ahmad Faizal daripada jawatan Menteri Besar.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad mendakwa kedudukan menteri besar di negeri itu masih tidak kukuh ekoran ada usaha berterusan untuk menjatuhka­nnya.

Menurutnya, usaha terbabit digerakkan oleh seorang Exco di bawah Ahmad Faizal sendiri.

“Difahamkan, Exco terbabit kini memujuk beberapa Adun Barisan Nasional (BN) dan mendakwa mendapat restu daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Ahmad Faizal ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak dan wakil tunggal daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam

Dr Mahathir puas hati prestasi Ahmad Faizal

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin meninggalk­an UMNO.

 ??  ?? DR Mahathir merasmikan Majlis Pelancaran Program Ikon Remaja Wilayah Persekutua­n, semalam.
DR Mahathir merasmikan Majlis Pelancaran Program Ikon Remaja Wilayah Persekutua­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia