Harian Metro

RAIH RM7,000 SEBULAN

- Poliana Ronnie Sidom am@hmetro.com.my

Bekas nelayan kini bergelar pengusaha ketam lembut berjaya

Titik peluh bapa tiga anak berjaga malam menternak ketam lembut enam tahun lalu tidak sia-sia apabila kini mampu meraih pendapatan sehingga RM7,000 sebulan daripada hasil ternakan itu.

Suhaili Abdurahman, 39, menternak ketam lembut sejak 2013 bermula daripada enam sangkar dengan modal RM700 di perairan Kampung Bambangan.

Suhaili yang sebelum ini cuma nelayan biasa dan pemandu lori kini berjaya membesarka­n perusahaan­nya sehingga mempunyai 35 petak sangkar ternak dan menghasilk­an 200 kilogram (kg) hingga 500kg ketam lembut sebulan.

Menggunaka­n kaedah membiarkan ketam bebas dalam bakul tanpa bekalan oksigen, Suhaili berkata, ketam lembut daripada ketam bakau atau nipah yang melalui proses panjang antara 17 hingga 29 hari untuk menanggalk­an cengkerang dan menjadi lembut selain perlu penjagaan rapi. Katanya, risiko paling tinggi dihadapi penternak adalah pada musim El-Nino iaitu antara Julai hingga September yang mendedahka­n ketam kepada kematian susulan cuaca panas di permukaan laut.

“Sebaik sahaja cengkerang tertanggal, ketam perlu dikutip dalam dua jam sebelum cengkerang baharu menjadi keras dan terdedah kepada risiko dimakan ketam lain atau ikan pemangsa.

“Sangkar perlu sentiasa dibersihka­n. Jika banyak lumut, ia melambatka­n proses bersalin kulit,” katanya selepas lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ke Projek Ternakan Ketam Lembut, semalam.

Suhaili berkata, dia mendapat tajaan Jabatan Perikanan menerusi program Penternak Ladang Akuakultur Contoh (PLAC) pada 2017.

Selain ketam lembut, Suhaili turut menternak pelbagai ikan dan melakukan kaedah menggemukk­an ketam di bawah bimbingan Jabatan Perikanan sejak dua bulan lalu.

“Ia dalam peringkat percubaan dengan menternak 500 ketam,” katanya.

 ??  ?? PEKERJA menunjukka­n ketam yang melalui proses penggemuka­n di sangkar Projek Ternakan Ketam Lembut di Kampung Bambangan, Sandakan.
PEKERJA menunjukka­n ketam yang melalui proses penggemuka­n di sangkar Projek Ternakan Ketam Lembut di Kampung Bambangan, Sandakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia