Harian Metro

UPIN & IPIN KIAN HEBAT

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Selepas 10 tahun, kembar animasi nombor satu Malaysia, Upin & Ipin kembali ke layar perak melalui judul Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bermula 21 Mac ini.

Ramai memuji keunikan filem kali ini yang disifatkan lebih kemas, terperinci dan idea yang ‘di luar kotak’.

Malah, Menteri Pendidikan, Dr Maszle Malik, menyifatka­n Upin & Ipin boleh menjadi ejen kesusaster­aan Melayu berikutan banyak elemen berkaitan Melayu dalam filem animasi ini.

Mengulas mengenai pujian yang diterima, Produser Les’ Copaque Production, Burhanuddi­n Md Radzi, berkata ia tidak akan berlaku sekiranya mereka tidak mencabar diri.

“Saya minta pasukan produksi meletak penanda aras dan untuk itu, mereka mesti tekankan aspek teknikal terlebih dulu.

“Semua karya Les’ Copaque mesti asli dan kita cuba ketengahka­n budaya serta cerita kita ke dalamnya.

“Dari segi teknikal, saya

Filem terbaharu dengan bajet

RM20 juta dapat pujian segenap

aspek

cabar pasukan produksi, kalau filem Star Wars boleh mengeluark­an ‘bendabenda’ pelik, kenapa kita tidak boleh berimagina­si menggunaka­n persekitar­an kita dan inilah hasilnya,” kata Burhanuddi­n.

Dia mengakui ia bukan perkara mudah dan disebabkan itu, filem berkos RM20 juta ini mengambil masa lima tahun untuk dihasilkan.

Malah, dia mendedahka­n ada babak yang sudah siap lebih awal diubah sematamata tidak mencapai piawaian diinginkan.

Antara pengalaman dilalui, mengubah lebih 80 kali untuk babak tertentu sehingga ada antara 200 tenaga produksi hampir putus asa dan mahu berhenti kerja.

Dia berharap Upin &

Ipin menembusi pasaran global dan mengangkat animasi Malaysia sekali gus menghasilk­an ‘magis’ seperti yang dihasilkan industri Hollywood.

“Saya bangga Disney

Asia Tenggara menghantar ucapan tahniah kepada

 ??  ?? BURHANUDDI­N cabar pasukan produksiny­a hasilkan filem animasi setaraf Hollywood.
BURHANUDDI­N cabar pasukan produksiny­a hasilkan filem animasi setaraf Hollywood.
 ??  ?? UPIN & Ipin: Keris Siamang Tunggal digarap tiga pengarah muda berbakat besar (dari kiri) Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, Ahmad Razuri Roseli dan Adam Amiruddin.
UPIN & Ipin: Keris Siamang Tunggal digarap tiga pengarah muda berbakat besar (dari kiri) Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim, Ahmad Razuri Roseli dan Adam Amiruddin.
 ??  ?? FILEM Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dapat pujian menggunung.
FILEM Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dapat pujian menggunung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia