Harian Metro

Cabaran dan peluang pelakon

-

Pelakon remaja yang membawa suara watak Upin & Ipin, Asyiela Putri Azhar mengakui filem ada cabaran tersendiri berbanding siri TV.

“Kalau untuk siri, ia lebih ‘natural’ kerana sudah selesa dengan situasi di kampung tapi filem berbeza kerana Upin & Ipin masuk dunia baharu.

“Saya sendiri tidak tahu dunia itu bagaimana dan banyak emosi tambahan seperti takut perlu diterjemah­kan dengan cara berbeza,” katanya.

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri pula mendapat peluang memegang watak Bawang Merah dan Bawang Putih secara tiba-tiba.

“Saya sebenarnya datang ke studio untuk merekod lagu runut filem ini berjudul Buai Laju-Laju.

“Selepas itu, saya ditanya jika berminat untuk membawa watak Bawang Merah, lalu mencubanya dan tak sangka pihak produksi suka.

“Saya kemudian ditawarkan pula watak Bawang Putih dan ternyata mereka juga menyukainy­a,” kata Ernie.

Penyanyi Brunei,

Fakhrul Razi turut melalui situasi serupa dengan Ernie apabila awalnya ditawarkan menyanyi lagu tema berjudul Keris Sakti.

“Saya dipanggil Puan Ainon (pengarah kreatif) untuk menyanyika­n lagu runut kerana selepas saya tular di India tahun lalu, dia mahu penyanyi yang boleh bawa lenggok Bollywood.

“Saya sekadar cuba nasib dan tak sangka diberi peluang bawa watak Nakhoda Ragam,” katanya.

 ??  ?? FAKHRUL selain penyanyi runut juga pelakon suara.
FAKHRUL selain penyanyi runut juga pelakon suara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia