Harian Metro

Dah perasan terlalu popular

-

Kemunculan bakat baru dalam bidang nyanyian pada masa kini persis cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun, sayangnya kebanyakan bakat baru yang muncul itu mudah sangat cepat berasa popular dan anggap diri sudah dikenali ramai.

Baru-baru ini, satu band baharu yang single solo mereka menjadi sohor kini di YouTube sudah dijangkiti sindrom perasan.

Terbabit dalam sesi fotografi, band itu dan pengurusny­a mengharapk­an teman Cik Pang dapat memberi layanan ‘kelas pertama’ kepada mereka.

Setiap masa pengurusny­a menghantar kiriman mesej, rangkuman foto berserta rakaman video membabitka­n aksi kumpulan itu ketika fotografi berlangsun­g.

Dari mula tiba ke lokasi ditetapkan, pelbagai rakaman suasana dikirim kepada teman Cik Pang yang ketika itu masih di kawasan parkir kereta.

Kata teman Cik Pang, dia jadi rimas dengan tindakan pengurus itu yang dilihat tidak pandai bawa diri dan berkomunik­asi.

Ujarnya, daripada sibuk merakam itu dan ini, lebih baik memastikan persediaan kumpulan berkenaan sebelum sesi fotografi bermula.

Ini tidak, selagi bayangan teman Cik Pang tidak muncul di hadapan mereka maka puluhan rakaman merangkumi video, foto dan mesej dihantar.

Kata teman Cik Pang, jika media tidak memberi ruang untuk bantu publisiti kepada penyanyi baharu, dikata bersikap pilih bulu.

Apabila sudah diberikan ruang, tidak tahu pula menggunaka­nnya sebaik mungkin terutama mewujudkan komunikasi dua hala yang baik.

Cik Pang yang mendengar keluhan teman itu hanya bersimpati. Bukan apa, kagum dengan sikap sabarnya mengendali­kan bakat baharu yang banyak kerenah. Kalau Cik Pang, dah suruh balik!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia