Harian Metro

Cari untung

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tiada istilah merajuk atau jauh hati sebaliknya Fazli Zainal yang sebelum ini popular dengan lagu Harapan belum bersedia untuk tampil dengan single baharu.

Fazli, 41, berkata, sebagai orang yang sudah lama berada dalam industri seni dia enggan melakukan sesuatu yang merugikan.

Justeru, buat masa ini dia lebih selesa berada di belakang tabir selain aktif melakukan kerja pengurusan acara.

“Saya bukan merajuk tetapi sentiasa peka dengan perkembang­an semasa. Saya lihat sekarang peminat lebih sukakan penyanyi muda dan baharu.

“Dengan kemunculan lagu-lagu daripada penyanyi muda saya rasa lebih baik ruang diberikan kepada mereka.

“Lagipun, pada usia sekarang saya lebih suka melakukan sesuatu yang mendatangk­an keuntungan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Fazli ditemui pada majlis pelancaran kedai Doraemon di Gateway @ KLIA2, berkata, walaupun kurang mendapat publisiti, dia masih rancak menerima undangan persembaha­n di majlis keramaian.

“Diam bukan bererti saya tidak melakukan apa-apa. Saya masih aktif menyanyi di majlis tertutup dan keramaian.

“Alhamdulil­lah, rezeki tak pernah putus cuma tidak mendapat publisiti media saja,” katanya.

Sambung Fazli, sebelum ini dia pernah memperkena­lkan lagu baharu duet bersama beberapa rakan artis termasuk Bob AF2.

“Bagi mengubat kerinduan merakamkan single saya tampil dengan lagu duet dua tahun lalu. Lagu itu berkonsepk­an kerohanian bertajuk Kurnia.

“Saya mahu cari kelainan dan disebabkan ia hanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia