Harian Metro

Penceritaa­n ‘caca marba’

-

Filem Bikers Kental 2 (BK2) mengutip semula kisah yang berakhir dalam Bikers Kental pada 2013 dan jika dilihat penceritaa­nnya, ia tidaklah jauh beza.

Sekiranya ada penonton meminati jalan cerita filem Bikers Kental, mungkin menyukai lebih sedikit filem BK2.

Namun, jika penonton tidak sukakan jalan cerita dulu yang disifatkan lemah oleh segelintir pengkritik, mungkin perasaan hampir sama untuk sekuel ini, cuma ‘baik sikit’ berbanding dulu.

Bercakap mengenai BK2, penceritaa­nnya ‘caca marba’ dan hampir tiada fokus, terutama kepada hala tuju setiap karakter.

Hampir semua karakter, sama ada utama, pembantu atau tambahan diberi ruang skrin seolah-olah cuba bersikap adil dengan semua.

Apabila terlalu ramai pelakon yang mempunyai latar belakang sendiri dan hendak diceritaka­n, tema penting yang sepatutnya diangkat ‘tersembuny­i’ begitu saja.

BK2 mengangkat banyak tema seperti persahabat­an (antara watak Bidin, Aidid dan Eddy), cinta (antara watak Bidin dan Cherry, serta pencarian cinta Aidid) serta keluarga (antara watak Cherry dan Ananda).

Kemudian dibangkitk­an pula tema dendam (antara watak Sayya, Cherry, Albuqueq dan Bidin) dan tema aksi antara Bidin, Aidid, Eddy, Sayya, Albuqueq dan semua yang terbabit.

Isunya, hampir semua tema itu diselit sama banyak, lantas memberi penonton pengalaman tontonan yang ‘memenatkan’.

Walaupun BK2 ‘penuh semangkuk Tomyam dengan segala isi’ dengan pelbagai tema, BK2 tetap ada kelebihan tersendiri.

Terutamany­a tatkala menghidang­kan babak aksi pertarunga­n, contohnya babak antara Aidid (lakonan Datuk Afdlin Shauki) yang beraksi hebat di layar.

Kemudian lakonan realistik watak Sayya Sukhaporn oleh Kaew Korravee Pimsuk.

Sementara itu untuk lokasi pula, banyak pembaziran dilakukan dalam BK2 kerana destinasi cantik di Hatyai dan Phuket tidak

Hampir tiada fokus, terutama hala tuju setiap karakter

digunakan sehabis baik.

BK2 mungkin akan jadi lebih baik sekiranya penulis lakon layar dan pengarah benar-benar fokus kepada penceritaa­n yang lebih jelas.

Jika anda mencari sebuah filem aksi komedi bertema ‘road-movie’ dan persahabat­an yang betulbetul kemas, rasanya BK2 perlu diperincik­an lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia