Harian Metro

WENDY DAPAT PHD

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pelakon yang kini aktif dalam bidang penerbitan drama, Datin Wendy Wong dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) daripada University of Peace (UPEACE) atas kerja sosial dilakukan selama ini.

Wendy yang juga pemilik syarikat Produksi Seni 2020 mengakui tidak menjangka akan menerima pengiktira­fan itu kerana ramai lagi individu lebih layak.

Menurutnya, sebelum bersetuju dia membuat penyelidik­an ringkas mengenai penganuger­ahan dan UPEACE.

“Apabila dimaklumka­n mengenai anugerah ini, saya hairan sebab tidak bersekolah tinggi.

“Saya bertanya bagaimana nama boleh dicalonkan sebagai penerima anugerah berkenaan.

“Mereka maklumkan, ada pihak daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) tempatan mencadangk­an nama saya berdasarka­n kerja kebajikan dan sumbangan terhadap pembanguna­n sosial serta kemasyarak­atan selama ini.

“Saya juga membuat sedikit kajian mengenai latar belakang

UPEACE. Selepas yakin kewujudann­ya sebagai organisasi rentas kerajaan bertaraf universiti, saya menyiapkan dokumen peribadi sebagaiman­a diminta pihak terbabit untuk dimasukkan dalam calon senarai penerimaan anugerah,” katanya.

Menurut Wendy, penggunaan nama University of Peace sendiri menarik perhatiann­ya yang mana Peace bermakna keamanan.

Dia menyifatka­n penghargaa­n diterima sangat bermakna dalam hidup. Bukan saja secara peribadi tetapi juga kerjaya dibina sejak lebih tiga dekad lalu.

“Sebenarnya, sejak berusia 20 tahun saya aktif dalam kerja sosial. Saya pernah buat program jelajah satu Malaysia mengutip dana bagi pembinaan sebuah sekolah Cina.

“Ketika itu kami berjaya kutip RM1 juta untuk Kolej Universiti

Tun Abdul Razak (UTAR). Malah, sepanjang terbabit dalam industri juga, Produksi Seni 2020 banyak terbitkan program masalah sosial dalam masyarakat seperti Kisah Benar dan Kisah Hidupku.

“Daripada situ, kami kumpul dana membantu insan yang memerlukan,” kata Wendy yang kini dalam perancanga­n untuk menerbitka­n filem genre drama.

Antara aktiviti kemasyarak­atan membabitka­n pembanguna­n disertai Wendy ialah membantu menyediaka­n naskhah al-Quran baharu untuk masyarakat Islam di perkampung­an Melayu di Kemboja.

Pada masa sama, Wendy menganggap anugerah itu memberi tanggungja­wab baharu kepadanya untuk terus menyumbang dan membantu golongan kurang bernasib baik.

“Jawatankua­sa penganjur mengalualu­kan sumbangan ke arah memberikan peluang pengajian lebih baik kepada anak-anak kurang berkemampu­an menyambung pelajaran.

“Kebetulan saya kini dalam praproduks­i menerbitka­n sebuah filem. Jika filem ini berjaya, saya sudah simpan niat untuk sumbangkan kepada pihak yang memerlukan,” katanya.

Pada majlis yang dirasmikan bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguna­n Masyarakat (1995 hingga 1999) Tan

Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail, seramai 30 orang penerima daripada pelbagai bidang termasuk penerima dari luar negara dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) Kerja Sosial daripada UPEACE.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia