Harian Metro

AKTIF JELAJAH

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Komuniti Dominar jemput pemilik sertai aktiviti

Motosikal Modenas Dominar D400 diperkenal­kan di pasaran tempatan awal 2018 hasil kerjasama strategik antara Modenas dan Bajaj Auto Ltd (BAL), pengeluar motosikal terbesar di India.

Jentera dikuasakan dengan enjin 400cc silinder tunggal itu menampilka­n gaya sebuah motosikal ‘sport touring’ dengan ciri lasak sesuai untuk pelbagai permukaan jalan.

Sebagai menyokong perkembang­an jenama itu di negara ini, melalui inisiatif pemilik, Dominar 400 Community Malaysia (D4CM) ditubuhkan pada Mei 2018.

Pengasas kelab yang juga Presiden D4CM Muhd Syaiful Ezzwan Yusoff berkata, pertemuan dengan beberapa pemilik lain di bengkel ketika menyelengg­ara motosikal adalah detik permulaan kepada kewujudan komuniti ini.

“Bermula dengan beberapa pemilik Dominar, kami memperkena­lkan aplikasi ‘WhatsApp’ kelab ini bagi memudahkan urusan mengumpul data- data pemilik lalu.

“Kelab terus berkembang dengan keahlian kira-kira 100 orang dalam tempoh beberapa bulan selepas itu,” katanya yang bertugas sebagai jurukamera.

D4CM tidak berlengah dan mencipta nama dan logo kelab seperti apa yang digunakan ketika ini adalah hasil usaha dan kreativiti di antara kalangan ahli-ahlinya.

Seorang ahli, Shahril Md Shamshudin, 34, berkata, dia menyertai kelab itu bagi memudahkan­nya mendapatka­n maklumat teknikal berkaitan motosikal selain bertemu pemilik lain yang berkongsi minat yang sama.

“Saya menggunaka­n motosikal ini sebagai pengangkut­an harian ke tempat kerja dan amat mudah berkongsi maklumat penjagaan yang sesuai daripada kalangan ahli,” katanya yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

Pendapat sama turut dikongsi Nur Arief Mohd Adzhar, 25, yang meminati aktiviti penjelajah­an dengan motosikal.

“Amat penting untuk

 ??  ?? EZZWAN
EZZWAN
 ??  ?? ARIEF
ARIEF
 ??  ?? SHAHRIL
SHAHRIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia