Harian Metro

Tidak perlu masak

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Kira-kira 20 tahun lalu, kedatangan­nya ke negara ini hanya sebagai atlet Pakistan yang masih mencari rentak dalam sukan skuasy.

Mempunyai latar belakang keluarga yang aktif dalam sukan itu, bapanya, Fahim Gul dan bapa saudaranya Rahim Gul adalah jurulatih kebangsaan di pelbagai negara menjadi inspirasi kepadanya untuk meneruskan legasi sebagai jurulatih.

Menjejakka­n kaki di bumi Malaysia, ibarat langkah kanan kerana bukan sahaja menjadi destinasi Ifrahim Gul meneruskan legasi itu malah meletakkan Malaysia sebagai rumah keduanya.

1. Ceritakan pengalaman anda ketika kali pertama tiba di Malaysia?

Pada 1999 saya datang ke negara ini untuk menyertai Kejohanan Terbuka Skuasy Junior bersama sepupu.

Saya tahu serba sedikit mengenai negara ini kerana arwah bapa saudara, Rahim dan Jamshed Gul adalah jurulatih skuasy kebangsaan Malaysia sekitar 1970-an da 80an.

Ketika kali pertama menjejakka­n kaki di sini, saya dapati sukan ini amat menarik di Malaysia. Apatah lagi orang Malaysia mesra dan hidup harmoni antara satu sama lain walaupun berbeza kaum.

Rakan atlet juga bukan sahaja mesra malah sentiasa merendah diri walaupun mereka mempunyai kekuatan dalam sukan ini.

Bermula hanya sebagai atlet untuk menyertai kejohanan skuasy, kini saya adalah Ketua Jurulatih Skuasy Selangor.

2. Adakah anda mempunyai keluarga di Malaysia?

Malaysia sangat istimewa kerana saya bertemu jodoh dengan wanita tempatan. Kami mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun, Sanaya Gul.

3. Apakah pengalaman yang tidak dapat dilupakan?

Pastinya sebagai jurulatih dalam skuasy. Saya ingin melahirkan atlet yang hebat. Di Malaysia saya dapati atlet tempatan mempunyai sikap yang bagus dan menghormat­i seorang yang bergelar guru.

Jadi mereka akan berlatih bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan dalam sukan yang diceburi membuahkan hasil terbaik termasukla­h skuasy.

Daripada pemerhatia­n saya, atlet skuasy di bawah kelolaan saya sentiasa mempunyai sifat terbuka, menghormat­i guru dan tidak pernah berputus asa untuk memberikan persembaha­n terbaik ketika kejohanan.

Pengalaman paling menarik pastinya dapat mengibarka­n bendera Malaysia dengan rasa bangga apabila atlet saya menjadi juara dalam kejohanan di peringkat antarabang­sa.

4. Bagaimana anda melihat Malaysia secara menyeluruh?

Saya pernah ditawarkan untuk menjadi jurulatih di Amerika Syarikat dan Singapura. Saya menolak kerana Malaysia adalah

6. Apakah perancanga­n seterusnya?

Perancanga­n saya untuk berkhidmat kepada industri sukan di Malaysia dan menjadikan generasi skuasy Malaysia bukan sahaja hebat di tempat sendiri, malah mampu menjadi jaguh di persada antarabang­sa.

Perkara ini juga adalah antara cita-cita saya untuk meneruskan legasi keluarga yang menyumbang kepada pembanguna­n skuasy di Malaysia pada 1970-an dan 80-an. Malah, saya ingin ahli keluarga yang lain dapat menyambung­nya pada masa depan.

Ketika ini, saya turut membangunk­an pemain skuasy junior tempatan bagi melahirkan bakat muda dan bersedia untuk menyumbang kepada kejayaan Malaysia pada masa depan.

Malaysia Boleh!

 ??  ?? AKTIVITI berbasikal bersama pelatihnya jika mempunyai waktu lapang.
AKTIVITI berbasikal bersama pelatihnya jika mempunyai waktu lapang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia