Harian Metro

Tidur tiada kualiti

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Mengimbau kembali zaman persekolah­an pasti akan teringat pada jam 9 atau selewat-lewatnya jam 10 malam, ibu akan menyuruh masuk bilik masing-masing dan tidur.

Ketika itu, badan mudah mengikut aturan masa tidur yang ditetapkan dan tidak ada istilah ‘terkebilke­bil’ untuk memaksa mata ditutup dan berehat secukupnya.

Apabila menjengah zaman universiti, situasi berubah dan disiplin tidur mengikut masa ditetapkan begitu sukar dituruti. Situasi ini berlanjuta­n sehingga ke alam pekerjaan.

Kadangkala rasa penat disebabkan kurang tidur terpaksa diketepika­n kerana minda sentiasa meminta untuk berfikir mengenai tugasan atau tanggungja­wab yang belum diselesaik­an.

Apatah lagi, pada hari ini telefon pintar menjadi ‘senjata’ paling berguna sesetengah pihak mengarahka­n itu dan ini tanpa mengira masa sekali gus menjadikan seseorang tidak dapat melelapkan mata dengan sempurna.

Kajian Nielson Company Malaysia mengenai tinjauan tidur ke atas 500 rakyat Malaysia mendapati 70 peratus daripada mereka mengalami gangguan untuk tidur disebabkan tekanan, keresahan dan kemurungan.

Tinjauan itu juga mendapati, faktor menghabisk­an banyak masa dengan telefon dan gajet berada di kedudukan lima teratas penyebab rakyat di negara ini mengalami masalah tidur.

Tinjauan ke atas responden berusia 25 hingga 60 tahun ke atas menunjukka­n 63 peratus dalam kelompok umur 25 hingga 29 tahun sukar melelapkan mata dalam tempoh 30 minit selepas berbaring di katil.

Tinjauan itu dihasilkan menerusi inisiatif AmLife bagi melihat corak tidur yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia mendedahka­n sembilan daripada 10 orang di negara ini mengalami satu atau lebih masalah tidur.

Menjelaska­n mengenai tinjauan itu, Perunding Kesihatann­ya, Edward

Yong berkata, 78 peratus daripada 500 individu dalam tinjauan itu berpendapa­t tidur tidak berkualiti boleh mengakibat­kan masalah kesihatan dan 47 peratus bersetuju ia boleh menyebabka­n masalah kulit atau kecantikan.

“Data mendapati lima rawatan tidur yang diketahui rakyat Malaysia adalah senaman, perubahan gaya hidup dan meditasi serta ketenangan, urutan dan aromaterap­i,” katanya pada taklimat media sempena sambutan Hari Tidur Sedunia.

Hadir sama pada taklimat berkenaan

Penolong Profesor Antropolog­i Biologi Universiti Toronto Mississaug­a, Kanada, Dr David Samson pula berkata, beliau percaya secara purata ketika ini orang dewasa memerlukan antara enam hingga tujuh jam untuk tidur.

Katanya, situasi pembanguna­n sesebuah negara sebenarnya memberi kesan kepada waktu tidur rakyatnya kerana perubahan seperti kemodenan teknologi boleh mempengaru­hi sikap atau gaya hidup individu.

“Ketika ini kemunculan teknologi pesat dalam dunia Internet menjadikan manusia lebih bergantung kepada peranti pintar dalam kehidupan seharian dan perkara ini sebenarnya memberi kesan kepada waktu tidur yang berkualiti.

“Misalnya, jika seseorang itu mudah leka dan asyik dengan penggunaan peranti pintar, ia akan menjejaska­n disiplin waktu tidur yang akhirnya mengakibat­kan individu berkenaan tidak dapat menikmati tidur yang berkualiti,” katanya.

Tambahnya, persekitar­an juga memainkan peranan

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami satu atau lebih masalah tidur

penting bagi memastikan setiap individu dapat menikmati tidur yang berkualiti dan tidak mengambil masa yang lama untuk melelapkan mata.

“Bilik yang gelap dan keadaan tenang amat membantu untuk seseorang menikmati tidur dengan baik. Apabila lampu sudah dimatikan, pastikan tidak ada pencahayaa­n lain yang boleh mengganggu persediaan kita untuk tidur.

“Misalnya, bermain peranti pintar dalam keadaan gelap bukan sahaja menjadikan mereka memendekka­n waktu tidur berkualiti, malah cahaya terus dari skrin ke mata memberi kesan negatif kepada kesihatan mata,” katanya.

Samson berkata, manusia sememangny­a bergantung kepada tidur yang berkualiti bagi memastikan tingkah laku dan keadaan minda menjadi lebih bersedia dan sihat.

“Tidur yang tidak mencukupi bukan saja menyebabka­n seseorang itu mengalami tekanan mental yang menjejaska­n kebolehann­ya menguruska­n emosi dengan baik malah mengakibat­kan masalah kesihatan lain seperti kanser.

“Tidur yang berkualiti juga membantu seseorang itu terlindung daripada kerosakan kognitif yang berkaitan dengan penuaan dan mengurangk­an tanda penuaan. Dijangkaka­n 300 juta orang di Asia Tenggara mengalami masalah insomnia kerana kegagalan untuk tidur,” katanya.

 ??  ?? TIDUR yang berkualiti penting
untuk kesejahter­aan diri.
TIDUR yang berkualiti penting untuk kesejahter­aan diri.
 ??  ?? MAKANAN yang sihat penting untuk menjadikan diri sihat.
GAYA hidup sihat penting bagi mendapatka­n kualiti tidur yang baik.
MAKANAN yang sihat penting untuk menjadikan diri sihat. GAYA hidup sihat penting bagi mendapatka­n kualiti tidur yang baik.
 ??  ?? DR SAMSON
DR SAMSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia