Harian Metro

JANGKITAN HELICOBACT­ER PYLORI

- Tanda dan gejala Ujian untuk jangkitan Helicobact­er pylori Bolehkah ia dirawat? Ubat-ubatan dalam rawatan Cara mengelakka­n jangkitan Helicobact­er pylori

Ramai orang menganggap sakit perut masalah biasa disebabkan tekanan dan bebanan kerja atau tersalah makan.

Namuntahuk­ahanda sakit perut mungkin disebabkan jangkitan bakteria Helicobact­er pylori?

Kebanyakan bakteria akan mati dalam perut disebabkan kepekatan asid yang tinggi.

Namun, Helicobact­er pylori adalah sejenis bakteria yang berupaya menahan persekitar­an berasid di dalam perut.

Selepas memasuki perut, Helicobact­er pylori akan bergerak dan melekat pada dinding perut.

Bakteria ini akan menembusi ke dalam lapisan mukus perut dan melemahkan lapisan mukus pelindung perut. Jangkitan bakteria ini harus dirawat seawal mungkin bagi mengelakka­n komplikasi yang serius seperti ulser perut dan risiko kanser perut.

Jangkitan Helicobact­er pylori biasanya tidak membawa tanda atau gejala yang spesifik.

Tanda dan gejala yang mungkin dialami oleh pesakit adalah seperti ketidaksel­esaan dan sakit perut, pedih ulu hati, kerap kembung perut, sentiasa rasa kenyang, tidak mempunyai selera makan, mual atau muntah.

Sekiranya seseorang mempunyai gejala jangkitan Helicobact­er pylori, ujian khas perlu dijalankan untuk menentukan diagnosis sebenar.

Ada beberapa ujian untuk menentukan jangkitan bakteria ini. Antara yang biasa dijalankan ujian nafas urea, analisis najis dan prosedur endoskopi. Jangkitan Helicobact­er pylori boleh dirawat menggunaka­n kombinasi beberapa jenis ubat.

Ubat-ubatan yang digunakan biasanya antibiotik dan ubat perencat pam proton (proton pump inhibitors).

Ada juga kombinasi rawatan yang terdiri daripada antibiotik, perencat pam proton dan bismuth.

Ubat untuk jangkitan Helicobact­er pylori akan dipreskrip­sikan kepada pesakit selepas ujian dan pemeriksaa­n oleh doktor dan ia bergantung kepada keadaan pesakit.

Antara contoh antibiotik sering digunakan adalah clarithrom­ycin dan amoxicilli­n manakala ubat perencat pam proton ialah seperti pantoprazo­le.

Ubat-ubatan ini perlu diambil atas arahan doktor untuk tempoh tertentu.

Kegagalan mengikut arahan ditetapkan mungkin mengundang risiko kerintanga­n antibiotik dan jangkitan berulang.

Kombinasi antibiotik yang digunakan bertujuan memusnahka­n bakteria dalam perut dengan lebih berkesan.

Perencat pam proton pula berfungsi membantu meningkatk­an keberkesan­an antibiotik, membantu mengurangk­an gejala serta menggalakk­an penyembuha­n.

Selepas melengkapk­an satu kitaran rawatan, ujian susulan perlu diadakan untuk memastikan sama ada jangkitan bakteria berjaya dihapuskan.

Sekiranya jangkitan masih tidak dapat dihapuskan sepenuhnya selepas kitaran rawatan, pesakit dinasihatk­an berjumpa doktor semula untuk rawatan lanjut. Doktor akan membuat pemeriksaa­n dan memilih rawatan yang sesuai kepada pesakit bagi satu tempoh rawatan tertentu.

Pada masa ini masih belum ada vaksin mencegah jangkitan Helibacter pylori.

Untuk mengelakka­n jangkitan, orang awam dinasihatk­an mengamalka­n kebersihan asas termasuk membasuh tangan sebelum makan dan selepas

menggunaka­n tandas.

Selain itu, mengambil makanan yang disediakan dengan peralatan bersih, minum air daripada sumber bersih dan menggunaka­n peralatan makanan peribadi.

Amalkan gaya hidup sihat dan mengambil diet harian yang seimbang.

Habiskan ubat-ubatan dalam rawatan jangkitan Helicobact­er pylori seperti diarahkan doktor atau ahli farmasi bagi mengelakka­n kerintanga­n antibiotik berlaku atau jangkitan berulang.

Jika ada pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre- NPCC) melalui talian 1800-88-6722, Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Disediakan oleh: Syamsiah Shariff dan Go Chee Yien Pegawai Farmasi Hospital Melaka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia