Harian Metro

ANCAMAN PENAGIH PERKARA BIASA

-

Katanya, dia pernah berhadapan insiden cermin belakang kenderaann­ya dipecahkan ketika bertugas dan perbuatan itu dilakukan oleh penagih yang cam keretanya.

“Biarpun membabitka­n kerugian tetapi saya bersyukur tiada perkara buruk menimpa saya.

“Saya sering mendengar kisah rakanrakan di daerah lain kereta mereka disimbah cat, cedera ditikam selain ada dirempuh kenderaan,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, ada pegawai AADK menerima ugutan penagih apabila mengesyork­an mereka pergi ke pusat pemulihan bagi mendapatka­n rawatan.

“Penagih mengugut mencari mereka (pegawai) apabila keluar daripada pusat pemulihan, seolaholah untuk membalas dendam.

“Memang ada yang berjumpa semula pegawai terbabit tetapi untuk mengucapka­n terima kasih kerana membebaska­n mereka daripada najis dadah,” katanya.

Dibesarkan di Melaka, dia menganggap kejadian seperti itu sebagai cabaran melakukan kebaikan.

Bagaimanap­un katanya, itu tidak mematahkan semangat pasukan untuk terus membantera­s penagihan dadah.

“Rawatan pemulihan penagih bukan proses mudah kerana ada cara khusus untuk menghilang­kan ketagihan berkenaan. Mereka boleh dipulihkan melalui rawatan yang konsisten.

“AADK satu-satunya agensi yang mempunyai kaedah rawatan pemulihan lengkap dan tiada agensi lain dapat menjalanka­n tugas seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, AADK melaksanak­an program Perangi Dadah Habis Habisan 3.0 yang mana agensi berkenaan bekerjasam­a dengan komuniti untuk menghapusk­an kawasan panas penagihan.

“Masyarakat boleh memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada AADK serta menjadi penghalang cubaan penagih membuka lokasi baru penagihan.

“Jangan takut kepada ugutan penagih dan jika komuniti bergerak dalam satu kumpulan, sudah tentu mereka (penagih) takut untuk membuka lokasi penagihan di kawasan perumahan penduduk,” katanya.

 ?? FOTO ?? MOHD Azlan (dua, kiri) merasmikan Majlis
Anugerah Cemerlang di PPR Ulu Cheras.
MOHD Azlan mahu membantu memulihkan
penagih.
FOTO MOHD Azlan (dua, kiri) merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang di PPR Ulu Cheras. MOHD Azlan mahu membantu memulihkan penagih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia