Harian Metro

Pelajari trend landskap terkini

-

1. Aktiviti masa lapang?

Selalunya saya suka mengunjung­i lokasi landskap termasuk projek arkitek lain yang dibuka kepada awam. Menerusi sesi lawatan itu, saya berpeluang untuk mempelajar­i trend landskap terkini, kombinasi elemen dan perincian.

2. Aktiviti bersama keluarga?

Kami sering menghabisk­an masa di rumah sambil melakukan aktiviti mengemas rumah, selain menziarahi keluarga yang menetap di Shah Alam dan Klang.

3. Sukan kegemaran?

Saya lebih menggemari sukan individu seperti berjoging dan berlari di kawasan kediaman sambil ditemani anak.

4. Impian zaman kanak-kanak?

Saya tidak pernah terfikir bakal menceburi dunia perniagaan kerana saya merancang untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan.

5. Pendorong?

Isteri dan keluarga.

6. Tokoh dikagumi?

Norman Foster.

7. Prinsip hidup?

Setiap satu perkara, ia harus dimulakan dengan tindakan. berasa puas, sayang dan menganggap ia kepunyaan mereka, pasti mereka menjaga taman serta fasiliti tersedia dengan lebih baik,” katanya.

Tidak lokek berkongsi sejarah diri, Muhamad

Zaedi berterima kasih kepada ibu bapa yang memandang enteng terhadap permintaan­nya untuk meninggalk­an pengajian Seni Bina Landskap ketika tahap diploma.

“Memiliki latar belakang pendidikan dalam kejurutera­an, saya lihat bidang seni bina landskap agak sukar apabila perlu menghasilk­an lukisan bebas bukannya berasaskan kejurutera­an.

“Pemilihan bidang ini juga adalah saranan bapa yang turut berkhidmat sebagai perancang bandar. Apabila saya menyatakan hasrat untuk berhenti belajar, mereka tidak mengendahk­an keputusan saya.

“Susulan daripada itu, saya terpaksa meneruskan dan menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Apabila saya terpilih mengetuai kontinjen UiTM Perak bagi program tahunan Assembly of Landscape Architectu­re Student Malaysia (ALAM) pada

2008 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saya mula menyedari wujudnya bakat kepimpinan dalam diri.

“Kemenangan dalam menghasilk­an arca mesra alam berkonsepk­an kitar semula dalam program berkenaan membuatkan hati saya semakin dekat dengan dunia seni bina landskap,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik ini.

Menitipkan inspirasi kepada generasi pelapis, lelaki ini berkata, anak muda perlu fokus dan berani melakukan sesuatu serta keluar dari zon selesa bagi membolehka­n mereka menggapai impian masingmasi­ng.

Yakin sedikit keberanian dianugerah­kan Allah kepadanya untuk mencuba, Muhamad Zaedi mengakui tanpa tindakan dan rasa takut akan membataska­n kemampuan seseorang sekali gus berada di takuk yang sama.

Ujarnya, perkataan ‘kalau’ berbentuk andaian sudah cukup membuatkan manusia berasa takut untuk bertindak, justeru individu perlu memilih persekitar­an positif sebagai dorongan.

“Keberanian saja tidak mencukupi, ia memerlukan kita bertindak.

“Sebagai generasi pemimpin masa depan, tenaga, idea, keberanian anak muda sangat diperlukan.

“Dunia bukan seperti dulu, ia sudah berubah.

Jadi, kita perlu bergerak secara progresif dalam apa juga bidang dan fokus demi meraih kejayaan.

“Merujuk sumbangan orang muda dalam landskap, saya berpendapa­t kita seharusnya menyumbang kembali kepada industri.

“Seperti saya yang mendapat sokongan daripada Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), saya perlu memberi kembali pada industri menerusi perkongsia­n ilmu dan pengalaman bersama generasi pelapis khususnya mahasiswa,” katanya mengakhiri pertemuan.

 ??  ?? TURUN padang pastikan kelancaran projek.
TURUN padang pastikan kelancaran projek.
 ??  ?? MENANGI Anugerah Perak untuk Landscape Architect Garden Display Competitio­n sempena Pameran Orkid dan Bonsai pada Disember 2017.
MENANGI Anugerah Perak untuk Landscape Architect Garden Display Competitio­n sempena Pameran Orkid dan Bonsai pada Disember 2017.
 ?? FOTO ?? MASIH belajar selok-belok perniagaan.
FOTO MASIH belajar selok-belok perniagaan.
 ??  ?? BERSAMA keluarga.
BERSAMA keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia