Harian Metro

Jaga silaturahi­m jemaah surau taman

-

perumahan saya ada sebuah surau. Bagaimanap­un, saya tidak pergi berjemaah di situ. Sebaliknya pergi ke sebuah lagi surau terletak di taman berhampira­n.

Saya lebih selesa berjemaah di situ selain surau itu juga digunakan sebagai surau Jumaat.

Baru-baru ini, jiran saya mengajak pergi ke surau taman kami kerana mengatakan dia tidak pernah melihat saya berjemaah di situ.

Menurutnya, dia tidak mahu menanggung dosa kerana tidak mengajak jiran pergi solat berjemaah.

Saya serba salah hendak memaklumka­n saya sebenarnya kerap berjemaah di surau taman bersebelah­an.

Cara dia mengajak itu seolah-olah saya mengabaika­n tanggungja­wab solat berjemaah. Apa pandangan ustaz untuk menerangka­n situasi yang saya hadapi?

Zikir Zindagi

Man, Ampang

menjaga solat berjemaah, tidak ada yang perlu anda risaukan kepada mereka yang menyindir, menasihat atau bersangka buruk.

Allah saja yang mengetahui. Firman Allah yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawasany­a Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (Surah AlBaqarah, ayat 235)

Santuni mereka dengan memberitah­u hal sebenar dengan menjauhi riak atau bertujuan menunjuknu­njuk.

Pemberitah­uan itu bagi mengelakka­n fitnah atau sangka buruk. Jika dia masih bersikap sedemikian, maka serahkan segala urusan kepada Allah.

Sudah pasti pahala lebih besar ketika anda bersolat di masjid atau surau solat Jumaat. Akan tetapi, anda juga mendapat pahala sama ketika solat berjemaah dengan penduduk berhampira­n demi menjaga silaturahi­m atau mengelakka­n mereka daripada bersangka buruk dan fitnah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia