Harian Metro

Tahan sedekah untuk tunai haji

-

seseorang belum melaksanak­an ibadat umrah atau haji, bolehkah dia bersikap ‘berkira’ untuk bersedekah, berinfak atau melaksanak­an ibadat korban kerana ingin menjayakan matlamat untuk mencukupka­n tabungan bagi tujuan berkenaan?

Liey, Cheras

menunaikan haji dan umrah kali pertama adalah fardu ain. Ia wajib kepada setiap Muslim berdasarka­n kemampuan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjaka­n ibadat haji dengan mengunjung­i Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran, ayat 97)

Manakala disunatkan mengulang-ulang menunaikan haji atau umrah. Tujuan mereka yang berulang melakukan ibadat itu adalah untuk mendapatka­n haji atau umrah yang mabrur sebagaiman­a ia dijanjikan pahala syurga.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Ibadat umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusa­n dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga.” (Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Anda tidak perlu gusar dalam mendahuluk­an yang perlu dilakukan. Kerana setiap ibadat ada kaedah cara, masa dan syarat yang tertentu.

Mungkin anda sudah merancang menunaikan haji yang wajib itu lima tahun akan datang.

Tidak mungkin dalam masa itu anda menahan diri daripada bersedekah, melakukan korban dan sebagainya.

Malah, sedekah anda boleh membersihk­an harta dan hati untuk menunaikan haji atau umrah dengan lebih sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia