Harian Metro

MURUNG MAKAN NASI CADONG

- Agensi

 Vanessa Angel ditahan kerana pelacuran dalam talian terseksa dengan makanan penjara

Artis Indonesia, Vanessa Angel yang ditahan kerana kes pelacuran dalam talian kini murung sehingga mahu ‘mati’ kerana tidak tahan menanggung derita terpaksa makan makanan dalam lokap yang digelar nasi cadong.

Menurut laporan media Indonesia, teman lelakinya, Bibi Ardiansyah, memuat naik status di Instagram mengenai keadaan Vanessa dalam penjara dengan menyatakan artis itu terseksa dengan makanan yang diberi di dalam sel tahanan Polis Daerah Jawa Timur.

“Sebagai rakyat Indonesia, saya ingin bertanya terutamany­a wanita. Adakah hukuman penjara sesuai untuk Vanessa? Sudah hampir dua bulan dia diberikan nasi cadong, sehingga membuatkan dia hanya mahu mati! Ya Tuhan,” tulis Bibi Ardiansyah di Instagram.

Vanessa ketika ini ditahan dalam lokap sehingga kesnya dibicaraka­n nanti.

Tribun News bagaimanap­un melaporkan, peguam Vanessa, Milano Lubis yang menolak dakwaan Bibi itu menyatakan artis itu hanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan makanan diberi kepadanya.

“Mungkin ketika Bibi melawat Vanessa, dia dihidangka­n dengan makanan yang tidak seberapa lalu mengadu kepada Bibi.

“Apa yang dimakan Vanessa sama dengan makanan yang disediakan Polis Daerah Jawa Timur untuk tahanan lain.” katanya.

Milano bagaimanap­un, mengakui Vanessa murung dan tertekan di dalam lokap kerana berasakan tidak dilayan dengan adil.

Tahanan penjara dan lokap di Indonesia menerima pelbagai menu makanan setiap hari yang tawar dan tidak sedap dengan peruntukan Rp15,000 (RM4.30) bagi tiga hidangan sehari.

Menurut food.detik.com, nasi cadong adalah nasi kosong dengan pelbagai lauk seperti ikan masin, tempe, terung atau sayur kekacang.

Selain nasi cadong, banduan turut diberi bubur kacang hijau dan kentang rebus untuk sarapan pagi, makanan berat dengan nasi sayuran dan pelbagai hidangan sampingan, termasuk tauhu, tempe, ikan masin, telur rebus dan daging.

 ??  ?? SETIAP tahun ribuan penganut Buddha berkumpul di kuil Wat Bang Phra Thailand untuk perayaan tahunan meraikan tatu Sak Yant tradisiona­l. Mereka percaya ia akan membawa nasib baik dan perlindung­an daripada
bahaya. - AFP
SETIAP tahun ribuan penganut Buddha berkumpul di kuil Wat Bang Phra Thailand untuk perayaan tahunan meraikan tatu Sak Yant tradisiona­l. Mereka percaya ia akan membawa nasib baik dan perlindung­an daripada bahaya. - AFP
 ??  ?? VANESSA MAKANAN nasi cadong yang disediakan untuk
Vanessa. - Agensi
VANESSA MAKANAN nasi cadong yang disediakan untuk Vanessa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia