Harian Metro

JANGAN SIASAT KAMI: AS

- AFP

 Amerika umum tolak visa anggota ICC terbabit siasatan di Afghanista­n, sekutu

Amerika Syarikat mengumumka­n ia akan menolak visa membabitka­n anggota Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) yang terbabit dalam siasatan salah laku terhadap tenteranya di Afghanista­n atau negara lain.

Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo berkata, pihaknya bersedia mengambil langkah lebih drastik, termasuk sekatan ekonomi jika mahkamah jenayah perang itu meneruskan siasatan terhadap Amerika atau sekutunya.

“ICC menyerang pelaksanaa­n undang-undang Amerika. Belum terlambat untuk mahkamah itu mengubah haluannya dan kami mendesak ia melakukann­ya segera,” katanya.

Amerika tidak pernah menyertai ICC yang pendakwany­a, Fatou Bensouda, pada November 2017 memohon hakim membenarka­n siasatan dibuka mengenai jenayah perang di Afghanista­n.

Tindakan menolak visa itu langkah pertama Amerika terhadap ICC sejak Washington mengancam tindakan keras terhadap mahkamah di Hague, Belanda, September tahun lalu.

Selain mereka yang terbabit dalam siasatan di Afghanista­n, Pompeo berkata, penolakan visa untuk ke Amerika juga membabitka­n anggota ICC yang melakukan siasatan terhadap sekutunya, terutama Israel.

Menurutnya, pelaksanaa­n dasar itu sudah bermula namun tidak menyatakan maklumat lanjut.

“Kami bertegas melindungi rakyat Amerika dan orang awam sekutu kami daripada hidup dalam ketakutan akibat pendakwaan tidak adil kerana melindungi negara hebat kami,” katanya.

Menurutnya, jika ada tentera Amerika yang gagal mematuhi peraturan ketat tentera, mereka akan ditahan, dibicaraka­n di mahkamah tentera dan dijatuhkan hukuman.

Sementara itu, ICC dalam kenyataan berkata: “ICC sebagai mahkamah yang mematuhi undang-undang akan meneruskan tugasnya secara bebas, tidak terpengaru­h, selaras dengan mandat dan demi prinsip undang-undang.”

ICC yang ditubuhkan pada 2002 disertai 123 negara.

 ??  ?? AMERIKA menghantar tenteranya ke Afghanista­n sejak 2001 dengan alasan memerangi Al-Qaeda yang didakwa melakukan serangan 11 September 2001. - Agensi (Fail)
AMERIKA menghantar tenteranya ke Afghanista­n sejak 2001 dengan alasan memerangi Al-Qaeda yang didakwa melakukan serangan 11 September 2001. - Agensi (Fail)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia