Harian Metro

PERTIMBANG BATAL TEMPAHAN 737 MAX

- Agensi

Larangan terbang pesawat Boeing siri 737 MAX di seluruh dunia membawa masalah kepada syarikat penerbanga­n yang perlu mencari pesawat gantian namun ia juga memberi peluang kepada syarikat terbabit menilai kembali tempahan pesawat itu.

Hampir seluruh dunia dan syarikat penerbanga­n melaksanak­an larangan terbang pesawat itu sejak minggu lalu, berikutan 737 MAX 8 milik Ethiopia Airlines terhempas enam minit selepas berlepas dari Addis Ababa, membunuh 157 orang.

Ia nahas kedua membabitka­n pesawat itu dalam tempoh tidak sampai enam bulan pesawat model sama milik Lion Air Indonesia terhempas ke dalam laut pada Oktober tahun lalu.

Ketua Penganalis­is Pusat Penerbanga­n CAPA, Brendan Sobie berkata, bagi syarikat penerbanga­n penggantun­gan itu boleh dijadikan alasan untuk menangguh atau membatalka­n penghantar­an pesawat model berkenaan yang sudah ditempah.

Biasanya ada penalti kewangan kepada syarikat yang membatalka­n tempahan atau pengeluar gagal melaksanak­an penyerahan dalam terma kontrak.

Tidak dapat dipastikan jumlah yang boleh dituntut syarikat penerbanga­n akibat kehilangan pendapatan selepas penggantun­gan MAX.

Antara syarikat penerbanga­n yang kesal kerana menempah 737 MAX ialah syarikat penerbanga­n Vietnam, VietJet Aviation JSC, yang menempah 200 pesawat itu. Syarikat itu akan membuat keputusan mengenai tempahanny­a selepas mendapat maklumat lanjut hasil siasatan nahas.

Selain itu, syarikat penerbanga­n Malaysia, Malaysia Airlines menyatakan ia mengkaji semula tempahan 25 pesawat itu manakala Garuda Indonesia berkemungk­inan membatalka­n tempahan 20 unit, jumlah yang dikurangka­n daripada 49 selepas pesawat Lion Air terhempas.

Lion Air, satu daripada tiga pelanggan Boeing bagi 737 MAX sudah menyatakan kesangsian untuk meneruskan tempahan 187 unit pesawat itu dan menghentik­an penyerahan pesawat sehingga laporan penuh siasatan diketahui hujung tahun ini.

Di Eropah, Norwegian Air yang kewanganny­a tidak begitu baik, menangguhk­an penghantar­an baki 12 pesawat itu dan menjadi syarikat pertama menuntut ganti rugi daripada Boeing akibat larangan terbang pesawat terbabit.

Bagi syarikat besar, termasuk American Airlines Group Inc dan China Southern Airlines Co Ltd, pesawat 737 MAX hanya sebahagian kecil daripada armadanya.

Namun, bagi syarikat kecil, seperti Iceland Air, LOT (Poland) dan Norwegian Air Shuttle ASA, larangan terbang itu membawa kerugian besar kerana antara 11 hingga 25 peratus penerbanga­n musim panas menggunaka­n 737 MAX.

Penganalis­is Goodbody, Mark Simpson berkata, keadaan itu akan menjejaska­n operasi syarikat terbabit serta aliran tunai.

 Larangan terbang beri masalah kepada syarikat penerbanga­n yang perlu cari pesawat gantian

 ??  ?? PESAWAT Lion Air Boeing 737 Max 8 di lapangan terbang Antarabang­sa Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia. - Reuters
PESAWAT Lion Air Boeing 737 Max 8 di lapangan terbang Antarabang­sa Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia