Harian Metro

Iskandar perlu perbaiki kelemahan

-

di pentas antarabang­sa cuma sejak kebelakang­an ini beberapa tonggak sudah mula menunjukka­n taring sebenar di peringkat lebih tinggi.

“Mereka (Lee Zii Jia, Goh Jin Wei dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik) sentiasa mempunyai harapan untuk menyinar cuma sekarang ini mereka baru saja hendak bermula untuk mempamerka­n prestasi terbaik di kejohanan lebih besar,” katanya yang menjadi pemain terbaik era 1980-an.

Ditanya sama ada Malaysia mampu menyinar pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kehadiran pemain muda seperti Zii Jia, Jin Wei dan naib juara bere-

gu lelaki Seluruh England tahun ini, Aaron-Wooi Yik, beliau mengakui peluang itu sukar. Kuala Lumpur: Banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki pemain profesiona­l negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin jika mengimpika­n tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Perkara itu disuarakan oleh jurulatihn­ya, Ismail Saman yang mengesan beberapa kelemahan bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia itu walaupun berjaya mempamerka­n aksi terpuji pada Masters China.

“Prestasi Iskandar buat masa ini saya puas hati, tapi banyak kelemahan yang harus diperbaiki. Sasaran saya adalah untuk mempersiap­kannya dan melayakkan diri ke Sukan

Olimpik,” kata Ismail yang dihubungi

(gambar)

Arena Metro semalam.

Iskandar sudah dua bulan berada di bawah bimbingan Ismail sejak meninggalk­an badan induk itu November lalu.

Semalam perjuangan Iskandar tersekat pada separuh akhir Masters China apabila tumpas kepada pemain tuan rumah, Liu Haichao.

Bagaimanap­un, pemain kelahiran Johor itu berjaya memberi tentangan sengit hingga mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum kalah 21-9, 22-20, 16-21.

Ini persembaha­n terbaiknya setakat ini tahun ini apabila sebelum ini beberapa kali terkandas pada pusingan kelayakan dan pertama.

Pada Masters Malaysia dan Indonesia dia gagal mara ke undian utama, manakala di Terbuka Jerman pula kalah pada pusingan pertama kepada Vladimir Malkov dari Russia.

 ??  ?? ZII Jia
ZII Jia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia