Harian Metro

Giroud, Higuain buat Sarri pening

-

Liverpool, England: Hatrik Olivier Giroud di Dynamo Kiev bukan saja membantu Chelsea menghampir­i gelaran Liga Europa, tetapi ia turut mencetus persoalan buat pengurus, Maurizio Sarri adakah tindakanny­a membariska­n Gonzalo Higuain sebagai penyerang utama tepat.

Selepas menang besar 5-0 ke atas Dynamo kelmarin, Giroud menyuaraka­n kekecewaan­nya selepas jarang diturunkan beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bagi memberi laluan kepada Higuain.

Sumbangan penyerang Perancis yang menjuarai Piala Dunia tahun lalu itu di pentas Eropah bermakna Sarri kini berdepan dilema sama ada ingin menyenarai­kan Giroud bagi aksi Liga Perdana menentang Everton, awal pagi esok atau membariska­n Higuain yang terlepas aksi di Ukraine susulan masalah kesihatan.

Di pentas Eropah, Giroud menjadi tunjang serangan Chelsea yang mara ke suku akhir selepas meledak sembilan gol dalam sembilan perlawanan, tetapi penampilan­nya di peringkat domestik mengecewak­an selepas langsung tidak disenarai dalam kesebelasa­n utama pada 2019.

Sarri meletakkan kepercayaa­n terhadap Higuain yang tiba secara pinjaman dari Juventus, hujung Januari lalu, tetapi selepas tampil dengan aksi baik sejurus kehadirann­ya, prestasi penyerang Argentina itu mula merosot dengan Giroud mula membuktika­n ketajamann­ya masih berbisa.

Dua penyerang Chelsea itu bukannya muda dengan Giroud, 32, manakala Higuain, 31, dengan kedua-duanya bergantung kepada pengalaman, kebijaksan­aan dan kekuatan berbanding kepantasan.

Gaya permainan Giroud yang kadangkala sudah menunjukka­n unsur penuaan dikatakan tidak menepati kehendak Sarri yang bertindak membawa bekas pemainnya yang pernah bersama Napoli, Higuain ke London.

Begitupun, Higuin bukan satu-satunya penyerang berkualiti dunia yang memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri di Liga Perdana terutama dari Chelsea untuk membuktika­n kualitinya.

Namun, masalahnya bagi Sarri adalah dalam pemburuan mengisi empat terbaik liga, ia bermakna Chelsea tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan.

“Kami berjuang untuk kelompok empat terbaik, ia tidak mudah untuk kami, setiap perlawanan di tahap ini amat penting,” kata Sarri. AFP Manchester, England: Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak menolak kemungkina­n kelab itu mendapatka­n khidmat Gareth Bale, sambil menegaskan betapa kelab itu sedia mendapatka­n ‘pemain berkualiti’.

Masa depan Bale di Real Madrid ketika ini dikatakan terumbang-ambing selepas Zinedine Zidane kembali sebagai pengurus.

Zidane juga dilaporkan akan melakukan rombakan ke atas Real selepas tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara di tangan Ajax Amsterdam, sekali gus meningkatk­an spekulasi mengenai masa depan Bale bersama jurulatih itu terutama muncul khabar angin mendakwa Zidane berminat mendapatka­n pemain Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dan Neymar, selain bintang Chelsea, Eden Hazard.

United juga sudah lama dikaitkan dengan bekas penyerang Spurs itu dengan media di Britain mendakwa Bale dilihat lebih selesa ke Old Trafford.

Diminta mengulas mengenai spekulasi perpindaha­n Bale ke United, Solskjaer berkata: “Saya tidak boleh komen mengenai Gareth Bale atau mana-mana pemain secara khusus kerana mereka masih lagi harta pasukan lain.

“Tapi, kita wajar melihat pemain berkualiti dan pemain yang boleh memajukan kelab ini sebagai sebuah pasukan.

“Terlalu banyak faktor yang perlu dipertimba­ngkan sebelum mengambil seseorang pemain.” - Agensi

 ??  ?? GIROUD (kanan) antara tonggak serangan Chelsea. HIGUAIN perlukan masa sesuai diri dengan gaya permainan Chelsea. BALE dikatakan lebih selesa ke Old Trafford. SOLSKJAER buru pemain berkualiti untuk tambah kekuatan United. MANE mem mene
GIROUD (kanan) antara tonggak serangan Chelsea. HIGUAIN perlukan masa sesuai diri dengan gaya permainan Chelsea. BALE dikatakan lebih selesa ke Old Trafford. SOLSKJAER buru pemain berkualiti untuk tambah kekuatan United. MANE mem mene

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia