Harian Metro

MISI ‘TURUNKAN’ CITIZENS

- AFP

 Reds perlu manfaat peluang rampas

takhta liga dengan atasi Fulham

London

Baru saja melepasi aksi Liga Juara-Juara yang penuh bermakna, Liverpool kini boleh meneruskan mood positif mereka menjelang rehat perlawanan antarabang­sa dengan merampas takhta Liga Perdana Inggeris daripada Manchester City ketika berdepan Fulham malam ini.

Anak buah Juergen Klopp menggembir­akan pengurus mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas Bayern Munich Khamis lalu dan menjadi pasukan pilihan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut selepas diundi berdepan Porto pada suku akhir kelmarin. Namun, tumpuan segera Reds terarah ke Craven Cottage untuk memastikan cabaran mereka menjulang gelaran liga dalam tempoh 29 tahun tidak tergugat.

Liverpool ketinggala­n satu mata berbanding

skuad juara bertahan itu dengan baki lapan perlawanan, namun dengan City menentang Swansea pada suku akhir Piala FA malam tadi, mereka boleh terus memberi tekanan kepada skuad Pep Guardiola dan mendapat kelebihan psikologi, menjelang rehat dua minggu sebelum perebutan kejuaraan bersambung.

“Saya tidak terkejut kami mampu menewaskan Bayern, bagaimana kami melakukann­ya, tapi kami gembira mampu membuktika­n perkara sebegitu,” kata Klopp, yang tentunya gembira menewaskan skuad Bavaria sebagai bekas pengendali Borussia Dortmund.

“Sekarang ayuh berikan tumpuan sepenuhnya ke atas Fulham dan saya tidak fikir apa akan berlaku selepas itu.”

Selain Virgil van Dijk yang sentiasa mengagumka­n, bintang Liverpool di Munich adalah Sadio Mane apabila pemain Senegal itu menjaringk­an dua gol untuk mengumpul 10 jaringan dalam 10 perlawanan terakhir.

Prestasi hebat Mane hadir pada masa yang tepat, ketika penjaring terbanyak Mohamed Salah hanya menjaringk­an satu gol dalam sembilan aksi terakhirny­a manakala dua gol daripada Roberto Firmino dalam lapan perlawanan terakhirny­a.

“Bagus apabila kami mampu mengagihka­n jaringan, ia sesuatu yang bagus. Kami mempunyai 73 mata dan setiap gol yang dijaringka­n membawa kami ke sana,” kata Klopp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia