Harian Metro

MFL ikrar serah geran tahunan pasukan Liga-M

-

Johor Bahru: Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam memberi jaminan akan berusaha menyerahka­n geran tahunan kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) biarpun ketiadaan Telekom Malaysia (TM) sebagai penaja musim ini.

Begitupun, Kevin menegaskan nilai serta tarikh penyerahan geran akan terjawab sebaik mencapai perjanjian bersama penaja baharu rasmi Liga-M.

“Sudah tentu kami kena mencari dana secukupnya untuk semua pasukan kerana ia tanggungja­wab MFL, tapi mengenai perkara ini kami akan jawab soalan itu beberapa minggu akan datang selepas mengadakan perbincang­an rasmi dengan pihak yang berminat menjadi penaja. Buat masa ini kami tidak boleh bagi maklumat terperinci,” katanya ketika ditemui pada sidang media khas di sini, semalam.

Semalam, ahli lembaga pengarah MFL mengumumka­n penamatan kontrak penajaan bersama TM yang sebelum ini menandatan­gani kontrak perjanjian selama lapan tahun pada 29 Januari tahun lalu.

Ia dibuat ekoran kegagalan syarikat gergasi telekomuni­kasi negara itu menjelaska­n bayaran penajaan musim ini berjumlah RM60 juta bagi diagihkan kepada semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga-M.

Dalam perkembang­an sama, Kevin memberitah­u ketiadaan TM akan memberikan kesan kepada liga tempatan, namun beliau positif penaja baharu akan tampil untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an syarikat telekomuni­kasi itu.

“Memang ada kesan bila kami kehilangan penaja, tapi kami masih ada rakan penaja yang memberikan komitmen seperti Iflix dan Ampersand.

“Kami masih lagi kukuh dan akan berusaha mengatasi masalah ini. Kami melihat banyak pihak yang berminat (menjadi penaja), cuma sebelum ini kami tidak boleh membuat rundingan kerana kami ada kontrak (bersama TM),” katanya.

>>MFL masih memiliki rakan penaja yang komited seperti Iflix dan Ampersand

 ??  ?? KEVIN
KEVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia