Harian Metro

Harap ‘zaman gelap’ tak kembali

-

Johor Bahru: Adakah kehilangan RM60 juta setahun bakal mengheret Liga Malaysia (Liga-M) ke lembah ‘kegelapan’ ekoran kekurangan bajet seperti mana yang pernah berlaku ketika Dunhill tidak lagi menjadi penaja liga tempatan?

Sama ada benar atau tidak, sememangny­a pengurusan sesebuah liga memerlukan suntikan dana yang besar bagi memastikan nilai komersial dan kemeriahan liga tetap kekal.

Keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menamatkan perjanjian penajaan bersama Telekom Malaysia (TM) dengan nilai hampir setengah bilion iaitu RM480 juta untuk tempoh lapan tahun adalah detik hitam buat sukan tanahair secara amnya dan bola sepak negara khususnya.

Dianggap sebagai perjanjian terbesar pernah dicatatkan dalam tinta sukan negara, ia bakal membawa kesan buruk terutamany­a dalam usaha MFL menaikkan gred Liga-M dari gred C ke A.

Malah, ia akan menjejaska­n persiapan pasukan-pasukan dalam liga yang sememangny­a menagih geran hak penyiaran untuk membiayai segala kos operasi dan gaji pemain terutamany­a buat pasukan yang tidak mengharapk­an dana daripada kerajaan negeri.

Pada musim lalu, setiap pasukan Liga Super diberikan bayaran hak penyiaran RM3 juta, manakala pasukan di Liga Perdana meraih RM1 juta yang diagihkan pada pertengaha­n musim lalu.

Namun, sekiranya

MFL mengurangk­an jumlah bayaran pada musim ini atau gagal menyalurka­n bantuan itu, sudah tentu ia akan menyaksika­n pasukan-pasukan bergeluman­g dengan hutang apabila gagal menjelaska­n gaji pemain dan pegawai pasukan.

Berdasarka­n sejarah lampau, ketika era

Musim lalu, setiap pasukan Liga Super diberikan bayaran hak penyiaran RM3 juta, manakala pasukan di Liga Perdana meraih RM1 juta yang diagihkan pada pertengaha­n musim lalu”

Liga-M berada dalam situasi ‘sengkek’ selepas kerajaan tidak membenarka­n Dunhill menaja apa jua aktiviti sukan di negara ini,

FAM terpaksa berdikari menguruska­n saingan liga hanya bermodalka­n RM8 juta semusim yang kebetulan ditaja oleh TM pada awal 2000.

Jumlah tajaan itu ternyata sangat sedikit jika dibandingk­an dengan RM30 juta yang disalurkan Dunhill dan impaknya kualiti liga domestik jatuh ke tahap paling bawah kerana kurangnya persaingan kompetetif oleh pasukan bertanding.

Justeru, senario sama mungkin berulang lagi atau mungkin ia lebih teruk berbanding sebelumnya kerana kebanyakan pasukan dilihat berani mengikat tonggak import ternama yang pastinya ditawarkan gaji tinggi selain kouta import yang bertambah kepada lima Liga Super dan empat Liga Perdana.

Walau apapun alasan yang diberikan TM bagi menamatkan perjanjian ‘mega’ ini,

MFL harus bergerak pantas untuk mencari jalan penyelesai­an seperti mana yang diarahkan oleh Pengerusin­ya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada barisan sekretaria­t bagi melihat potensi penaja baru dengan segera.

Seandainya gagal, awan hitam yang pernah menyelubun­gi arena bola sepak negara akan sekali lagi hadir dan mungkin lebih teruk daripada apa yang dibayangka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia