Harian Metro

RISIK DAHULU CHUKWUBUNN­A

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Cheng Hoe hantar pasukan peninjau sebelum panggil penyerang Nigeria

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu merisik terlebih dahulu persembaha­n penyerang UKM FC, Michael Chukwubunn­a sebelum mengambiln­ya sebagai aset baharu pasukan negara.

Cheng Hoe berkata, beliau mengetahui ramai pemain import yang boleh diserapkan dalam skuad kebangsaan namun mahu pemilihan mereka berbaloi.

Beliau menyatakan sedia maklum keinginan pemain kelahiran Nigeria itu dan akan menghantar pasukan peninjau bagi melihat kebolehann­ya sebelum dipanggil menjalani sesi latihan bersama skuad kebangsaan.

“Kami mahu melihat setiap kebolehan dan skil yang dimiliki pemain berkenaan sebelum diserap dalam skuad kebangsaan selain yang paling penting memiliki pasport.

“Walaupun dia dikhabarka­n boleh menyelesai­kan masalah bahagian serangan skuad negara namun pemilihann­ya itu perlulah berbaloi atau mempunyai ciri ditetapkan,” katanya.

Menerusi laporan eksklusif Arena Metro semalam, ayam tambatan import UKM FC, Chukwubunn­a menyatakan hasrat menyertai skuad kendalian Cheng Hoe.

Michael, 30, yang sudah beraksi di liga tempatan selama enam musim adalah penjaring terbanyak dalam saingan Piala Cabaran musim lalu dengan 13 gol selain lima gol dalam Liga Perdana.

Selain itu, Timbalan

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM), Datuk Yusoff

Mahadi menjelaska­n pihaknya sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain import berhasrat mengikut jejak Mohamadou Sumareh sebagai tonggak naturalisa­si termasuk penyerang UKM FC itu.

Bagaimanap­un, beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Program Naturalisa­si FAM tetap mengingatk­an bahawa badan induk itu masih meletakkan syarat dan kriteria tertentu yang perlu dilepasi seseorang pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia