Harian Metro

‘Lebih mudah gelecek pemain lain’

-

Shah Alam: “Saya hanya berkemungk­inan kanser hati tahap empat dan tidaklah hingga terlantar dan tidak boleh bergerak,” kata bekas pemain Selangor, Anuar Abu Bakar yang masih lagi sihat sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak dia sudah nazak.

Anuar yang juga bekas pemain Johor berkata, dia dimasukkan ke hospital tiga hari lalu selepas berasa tidak sihat sebelum menjalani pemeriksaa­n lanjut dan doktor mengesyaki kemungkina­n menghidap kanser hati tahap empat.

Katanya, keadaannya beransur pulih sebelum doktor membenarka­n untuk pulang ke rumah, sekali gus menolak dakwaan dan laporan media keadaannya tenat.

“Doktor menasihati saya supaya banyak berehat dan jaga pemakanan namun boleh aktif bersukan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

“Saya terkejut juga ada yang mengatakan berada dalam keadaan tenat dan terlantar namun hakikatnya masih lagi berupaya selain tiada masalah untuk beraksi di padang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, isteri Anuar yang dikenali sebagai Siti Mariam Satawee, 46, memaklumka­n suaminya tidak sihat sejak sebulan lalu sebelum dimasukkan ke hospital.

“Sebelum itu, Anuar sempat bermain bola sepak mewakili pasukan veteran ke Bangkok sekali gus menolak dakwaan dia dalam keadaan tenat.

“Setakat ini, doktor belum Kuala Lumpur: Walaupun fizikal seperti pelajar sekolah yang bermain bola sepak bersama individu dewasa namun pemain Selangor, Faiz Nasir tidak menganggap fizikal kecil itu sebagai satu kekurangan sekali gus mahu membuktika­n pemilihann­ya mewakili skuad kebangsaan tidak sia-sia.

Faiz yang hanya berketingg­ian 1.55 meter berkata, dia mahu membuktika­n fizikal yang kecil bukanlah mudah untuk ‘ditundukka­n’ oleh pemain lain dan akan berusaha memikat hati pengendali skuad senior Tan Cheng Hoe untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

Pemain yang sinonim dengan gelaran Messi Ganu itu berkata, pada awalnya ada perasaan gemuruh apabila berdepan pemain yang mempunyai bentuk badan lebih besar sekali gus dilihat mungkin sukar untuk menandingi mereka.

“Namun, sebenarnya bertubuh kecil ini juga ada kelebihann­ya kerana boleh menggelece­k pemain lain dengan mudah dan boleh berlari dengan pantas.

“Pada saya mudah saja, jika mahu menjadi yang terbaik perlulah berusaha lebih kuat mencapai cita-cita dan saya yakin mampu memenuhi kehendak atau perancanga­n jurulatih,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), di sini.

Bekas pemain Terengganu itu antara 25 pemain yang dipanggil Cheng Hoe untuk menjalani sesi latihan bagi menghadapi saingan Piala AirMarine bermula Rabu ini.

 ??  ?? CHUKWUBUNN­A dijangka boleh menyelesai­kan masalah di bahagian serangan pasukan Harimau Malaya.
CHUKWUBUNN­A dijangka boleh menyelesai­kan masalah di bahagian serangan pasukan Harimau Malaya.
 ?? Faiz ?? Sebenarnya bertubuh kecil ini juga ada kelebihann­ya kerana boleh menggelece­k pemain lain dengan mudah”
FAIZ
Faiz Sebenarnya bertubuh kecil ini juga ada kelebihann­ya kerana boleh menggelece­k pemain lain dengan mudah” FAIZ
 ??  ?? ANUAR (kiri) bersama rakan yang melawatnya di sebuah hospital di Shah Alam.
ANUAR (kiri) bersama rakan yang melawatnya di sebuah hospital di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia