Harian Metro

5,000 HEKTAR MUSANG KING

-

Tawau bakal jadi pengeluar utama raja buah dalam 5 tahun

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King di Auditorium Teratai, Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Kota Kinabalu, semalam.

Hadir sama Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Sabah, Ribin Wahid.

Terdahulu, dalam ucapannya, Daud menegaskan selaras slogan Pertanian Adalah Perniagaan, kerajaan negeri akan memberi keutamaan kepada pembanguna­n beberapa jenis tanaman termasuk durian Musang King dan buahbuahan tempatan lain yang menjadi kegemaran dan tarikan pelancong.

“Kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Wilayah Selatan yang menerapkan pendekatan

dengan penanaman durian Musang King selain tanaman nanas dan kelapa menjelang 2035.

“Usaha lain termasuk kaedah memperting­katkan eksport melalui penerokaan teknologi pemprosesa­n minimum, sejuk beku dan pembungkus­an persekitar­an terubah bagi memastikan tahap keselamata­n dan kualiti sentiasa terjamin.

“Teknologi terkini atau program kajian penyelidik­an pula perlu dilengkapk­an dan dihebahkan kepada usahawan tani bagi meningkatk­an pengetahua­n mereka dalam menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan mampan dan menguntung­kan,” katanya.

Sehubungan itu, Daud berkata, program dianjurkan FAMA antara usaha memastikan tanaman buah-buahan mendapat sambutan daripada masyarakat setempat.

Terdahulu, kursus berkenaan dihadiri lebih 300 peserta yang berminat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai punca pendapatan utama mereka.

 ?? FOTO: ?? DR Daud (tiga dari kiri) mendengar penerangan oleh Ribin (kanan) pada perasmian Kursus Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King di Institut Latihan Perindustr­ian,
Kota Kinabalu, semalam.
FOTO: DR Daud (tiga dari kiri) mendengar penerangan oleh Ribin (kanan) pada perasmian Kursus Pemasaran dan Penanaman Durian Musang King di Institut Latihan Perindustr­ian, Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa melakukan pemeriksaa­n di belakang pasar malam Kraftangan, malam
kelmarin.
PEGAWAI penguat kuasa melakukan pemeriksaa­n di belakang pasar malam Kraftangan, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia