Harian Metro

Ikan dibom dicampur ikan segar

-

Kota Kinabalu: Ikan yang disyaki dibom dicampur dengan ikan segar sebelum dijual kepada orang ramai. Itulah taktik beberapa penjual ikan di belakang pasar malam Kraftangan di sini, untuk mengeliruk­an pembeli.

Bagaimanap­un, taktik mereka terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu bersama Jabatan Perikanan melakukan pemeriksaa­n di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 malam, kelmarin.

Namun tiada tangkapan dilakukan apabila beberapa penjual ikan bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, bertindak atas maklumat Unit Risikan Marin (URM), pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perikanan melakukan pemeriksaa­n di beberapa tapak menjual ikan di lokasi berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaa­n terhadap empat tapak menjual ikan yang tidak bernombor mendapati penjual disyaki menjual pelbagai jenis ikan dipercayai ditangkap menggunaka­n bahan letupan.

“Pemeriksaa­n terhadap pelbagai jenis ikan dijual mengesahka­n ikan disyaki ditangkap menggunaka­n bahan letupan.

“Ikan ini dicampur dengan ikan segar lain untuk mengeliruk­an pembeli. Antara ikan diperiksa termasuk ikan putih, merah, ketambak, sulit serta ikan pisangpisa­ng,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurutnya, jumlah keseluruha­n rampasan pelbagai jenis ikan dianggarka­n seberat 110 kilogram.

“Semua rampasan dibawa ke markas operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(C) Akta Perikanan 1985,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia