Harian Metro

ILA SAHUT CABARAN MMA

- Recqueal Raimi am@hmetro.com.my

Berpegang prinsip hidup 'usaha keras tidak pernah gagal' menjadikan Ikon Metro kali ini, Edilah Nadrah Johany, 26, sentiasa berlatih bersungguh­sungguh sebagai atlet Mix Martial Art (MMA).

Meminati seni pertahanan diri sejak di bangku sekolah rendah, memberi peluang kepadanya untuk melangkah lebih jauh sebagai atlet wanita bagi mewakili kelab, negeri mahupun negara bagi setiap perlawanan MMA.

Wanita mempunyai raut manis yang mesra disapa Ila ini menegaskan, komitmenny­a menyertai atlet MMA bukan untuk meraih populariti semata-mata apabila tular dalam laman sosial baru-baru ini, sebaliknya mahu membuktika­n wanita juga berani bertarung di gelanggang pertanding­an antarabang­sa.

“Zaman ini, wanita juga mempunyai potensi tinggi dalam seni pertahanan diri tetapi ramai yang memendam bakat begitu sahaja kerana tiada sokongan atau kemudahan pusat latihan yang masih kurang.

“Malah, dengan menyertai aktiviti atau pertanding­an seumpama ini, perasaan takut mudah hilang dan menjadi lebih berani menghadapi segala kemungkina­n,” katanya.

Edilah Nadrah berkata, pembabitan­nya bermula di sekolah rendah menyertai Kelab Taekwondo tetapi terhenti sebaik bersekolah menengah.

“Bagaimanap­un, di sekolah menengah saya masih mengekalka­n stamina dengan menyertai sukan atau aktiviti lasak seperti olahraga, lempar cakera serta rejam lembing.

“Saya juga tidak terbabit dalam aktiviti seni pertahanan diri ketika melanjutka­n pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Sebaik menamatkan pengajian, saya mula berlatih tinju, muay Thai dan beberapa jenis seni pertahanan lain sebelum rakan memperkena­lkan saya kepada MMA,” katanya.

Bermula 2017, Edilah Nadrah aktif menjalani latihan MMA serta memulakan perlawanan pertama ketika itu di Australia.

Kini, Edilah Nadrah sudah memenangi dua perlawanan daripada empat pertanding­an disertai.

“Saya berazam membuka gimnasium atau pusat belajar seni pertahanan diri di Ranau pada masa depan,” katanya. Jerijeh Baru, Belawai ini berkata, dia mula menguji kebolehan diri dengan menjadi penolong pegawai khas kepada wakil rakyat.

Kata siswazah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) ini, perkara itu adalah antara pengalaman luar biasa yang pernah dilakukann­ya.

“Kerjaya itu agak mencabar, namun saya tidak janggal kerana ia memiliki kaitan dengan bidang kajian politik dan pemerintah­an yang pernah saya pelajari dahulu.

“Saya tetap positif dan menganggap pengalaman baharu itu sesuatu yang menyeronok­kan kerana setiap waktu berjaya dimanfaatk­an dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Zameer berkata, tanggungja­wab diberi memang sukar tetapi ia peluang keemasan yang perlu diambil dan tidak boleh dilepaskan.

“Bekerja dalam bidang ini juga membawa saya menjelajah jauh ke banyak tempat. Saya berpeluang untuk berjumpa dan menyelami hati masyarakat.

“Bagi saya, itu pengalaman amat berharga,” katanya.

Menurutnya, peluang bekerja dengan wakil rakyat juga dianggap sebagai platform menambah ilmu pengetahua­n.

“Setiap impian perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh, selain semangat kental.

"Apabila kita berusaha, segala-galanya pasti tidak mustahil untuk menjadi kenyataan," katanya.

Tambahnya, dia juga berpegang pada semangat berani untuk berhadapan risiko kerana ia menjadikan seseorang itu lebih tabah sekali gus tidak gentar dengan sebarang halangan dan cabaran yang bakal dilalui.

“Minat dan cita-cita adalah dua perkara yang berbeza. Buat masa ini saya sudah selesa dengan apa yang saya ada.

“Bagaimanap­un, saya melihatnya sebagai platform untuk terus melangkah ke hadapan untuk membina masa depan yang lebih terjamin.

“Apa yang pasti, saya mahukan kerjaya lebih stabil dan boleh beri saya ruang untuk berbakti kepada masyarakat,” katanya yang meminati sukan futsal.

 ??  ?? PROFIL
EDILAH NADRAH JOHANY LAHIR: 24 March 1993 ASAL: Ranau
UMUR: 26 tahun KETURUNAN: Dusun AGAMA: Islam
TINGGI: 154 sentimeter BERAT: 52 kilogram PEKERJAAN: Atlet MMA KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Biologi Pemulihara­an UMS
HOBI: Menyanyi, memasak, melancong
PROFIL EDILAH NADRAH JOHANY LAHIR: 24 March 1993 ASAL: Ranau UMUR: 26 tahun KETURUNAN: Dusun AGAMA: Islam TINGGI: 154 sentimeter BERAT: 52 kilogram PEKERJAAN: Atlet MMA KELULUSAN: Ijazah Sarjana Muda Biologi Pemulihara­an UMS HOBI: Menyanyi, memasak, melancong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia