Harian Metro

PENIAGA INGKAR

-

undang-undang.

Tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 50 peniaga menjual makanan dan minuman di kawasan yang menerima jolokan Serikin 2 daripada penduduk setempat.

Peniaga, Malek Suib, 33, berkata, mereka menyedari kesalahan menjalanka­n perniagaan tanpa lesen di kawasan itu.

“Namun, apa boleh buat. Kami tiada pilihan lain dan terpaksa menanggung risiko itu.

“Kami kehilangan sumber rezeki sejak pembukaan jambatan Batang Samarahan yang kini menjadi laluan utama,” katanya.

Menurut Malek, dia sebelum ini menjual kuihmuih di gerai berdekatan simpang Kampung Melayu di sini.

“Sejak jambatan dibuka, kami terpaksa berpindah ke tapak baharu di tepi jalan, namun jualan semakin merosot kerana tidak banyak kenderaan yang melalui kawasan itu,” katanya yang berniaga sejak 10 tahun lalu.

Malek berkata, dia berpindah ke gerai kaki lima di laluan jambatan Batang Samarahan, tujuh bulan lalu. penjaja itu lebih selamat dan dapat mengatasi kesesakan terutama kepada pengguna laluan itu.

“Kebanyakan peniaga menjual hasil pertanian, makanan dan minuman di sepanjang laluan menuju jambatan ini adalah mereka yang terpaksa berpindah selepas operasi feri dihentikan.

“Projek pembinaan

Pusat Penjaja Kampung Baru ini sudah bermula sejak 21 Disember, tahun lalu,” katanya.

Setakat ini, katanya, projek pembinaan pusat penjaja ini sudah siap 30 peratus dan kontraktor diberikan tempoh enam bulan atau sehingga

Jun tahun ini untuk menyiapkan­nya.

Tambah Rubiah,

Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) menjadi agensi pelaksana projek terbabit.

“Kita jangka projek ini dapat disiapkan awal daripada jadual asal iaitu pada Mei ini.

“Jika projek ini siap menjelang Jun nanti, peniaga boleh berpindah ke tapak baharu selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu mulai Julai,” katanya.

Beliau berkata, ramai yang memohon untuk berniaga di tapak baharu ini tetapi keutamaan akan diberikan kepada peniaga asal yang menjalanka­n perniagaan di situ.

 ??  ?? KEWUJUDAN gerai di tepi laluan sepanjang jambatan
Batang Samarahan menimbulka­n kesesakan buat pengguna jalan raya.
KEWUJUDAN gerai di tepi laluan sepanjang jambatan Batang Samarahan menimbulka­n kesesakan buat pengguna jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia